Rabu, 26 Oktober 2011

Sampah

Bukan senang berjalan dengan kasut ni.
Cuba pakai, baru tahu.

Suka.Bising.Sedih. Diam.
 
Yang keruh kita layan dengan bong.
Jadi asap khayalan.

Semua yang buat aku.
Kenapa perlu buang?

Khamis, 13 Oktober 2011

Terima kasih

Di sini,
walaupun hodoh,
walaupun bodoh,
walaupun pemalas,
walaupun bangang.
terima kasih kerana sudi singgah.

Jaga diri.
Tolong hidup bahagia.

Rabu, 12 Oktober 2011

Biru Yang Paling Biru Adalah Hitam

Langit yang biru,
angkasa yang hitam.
Laut yang biru,
dasar laut yang hitam.

Mungkin betul,
biru yang paling biru adalah hitam.

Sabtu, 8 Oktober 2011

Basah, atau menikmati hujan?

   Masa orang lain pilih untuk tunggu hujan berhenti, aku pilih untuk redah. Mungkin sebab tak mandi lagi, atau mungkin kalau dalam filem siapa yang main hujan ni dia nampak kool. 


   Sejuk dan basah, dan angin kuat. Bawak motor, hujan lebat, senyum sambil mulut menjerit cuba meniru bunyi gitar lagu This Will Destroy You-Threads. Ceh, menjerit dalam hujan, siapa dengar, kan?  


   Jadi, basah kuyup malam ni, basah yang ada makna atau sekadar basah? 


   Yang aku tahu, hidup tak pernah senang. Jadi, lebih baik ambil mudah. Nak tunggu masalah hilang, sama lah macam tunggu Ian Curtis hidup semula. 


   Bila tu? 


   Nanti kiamat.


“Some people feel the rain. Others just get wet.” 
― Bob Marley

Selasa, 4 Oktober 2011

Cinta Sayang Engkau Seorang

Hujan lebat, angin kencang,
Cinta sayang engkau seorang,
terkapai-kapai mencari pelangi,
mana ada malam ini!

Cinta sayang engkau seorang,
Cinta tahu engkau curang,
senang hati sampai mati,
susah hidup kalau begini!

Bulan terapung,
jatuh mustahil,
dunia berpusing,
pening?

Babi apa mengarut-ngarut,
babi apa mencarut-carut!

Khamis, 29 September 2011

Ribut Semalam

   Semalam, ribut kuat dekat Terengganu. Kalau dulu ada cikgu aku cakap, biasa la alam semulajadi tak boleh di ramal. Alam semulajadi? Aku tak percaya.



    
مَّا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللّهِ وَمَا أَصَابَكَ مِن سَيِّئَةٍ فَمِن نَّفْسِكَ وَأَرْسَلْنَاكَ لِلنَّاسِ رَسُولاً وَكَفَى بِاللّهِ شَهِيدًا

Ma asabaka min hasanatin famina Allahi wama asabaka min sayyi-atin famin nafsika waarsalnaka lilnnasi rasoolan wakafa biAllahi shaheedan

[4:79] Apa saja ni′mat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja BENCANA yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi.

Ahad, 25 September 2011

Deeper into movies.

   Pehh, dah lama rasanya jari-jari tangan aku ni tak menaip benda-benda bodoh. Rasa kejang pun ada nak bagi siap satu ayat. Bukan apa, dah lama tak update menatang blog ni. Takut nanti apa pulak orang kata. Tak manis pulak.

*********************************************

Mengail udang bersama Abdillah.
Malik pergi Mesir.
Mat Sabu dicop komunis.
Shimi si junior kacak UITM.
Penyesalan di malam raya kedua.
Tertido ketika konsert Man Kidal.
Mang kawen.
Video seks baru Anwar.
Kerja gila bersama Weng dan Paid.
Kerja dekat kedai nasi arab.
Mendapat awek.
Berhenti kerja kedai nasi arab.
Karlos digigt lembu.
Hampir muntah melihat Lan dan Yati bermadu kasih.

   Nampak? Banyak benda yang aku nak cerita sebenarnya. Tapi sebab petang tadi kaki aku terseliuh masa main bola (biasa la orang power memang selalu jadi mangsa nafsu-nafsu buas), jadi tak boleh la nak menaip banyak-banyak.

   Lain la kalau aku jenis menaip pakai tangan.