Cari seorang gadis untuk digilai, kemudian cuba curi hatinya.
Kalau jadi, aku akan cinta kau saja sampai mati, ya?
Khamis, 3 November 2011
Selasa, 1 November 2011
Biru
Kuiz pagi tadi Roy rasa macam celaka. Satu habuk pun dia tak dapat jawab. Padanlah, semalam mana dia belajar. Dia sibuk dengar lagu, baca blog-blog bodoh, dan tengok The Inbetweeners sampai pagi, tengok sampai episod kereta kuning Simon masuk dalam tasik sebab Jay dan Neil yang bodoh nak mampus.
Bila sampai rumah, Roy tolak pintu kuat-kuat, marah kononnya. Padahal, dia saja nak tunjuk eksyen dekat budak-budak rumah. Tapi bila pintu terbuka, rumah kosong. Sia-sia Roy berlakon ganas.
Roy masuk laju, sambil sebatang rokok sedia tercucuh di mulut. Sampai di ruang tamu, tiada orang. Yang ada hanya Suzy sedang bersandar di dinding. Wajahnya tidak berekspresi.
Roy jadi geram tengok Suzy. Nafsu yang tidak dilempias sejak seminggu lalu gara-gara esaimen yang bertimbun kini mencanak naik. Suzy bukanlah cantik mana pun. Kalau dibanding Suzy dengan kekasih-kekasih lama Roy- Aminah dan Melissa -, atau dengan Roxanne dalam cerita August Rush, jauhnya sama macam berjalan kaki dari Kuala Berang ke Los Angeles.
Roy tarik Suzy perlahan-lahan. Baju hitam yang Suzy pakai Roy tarik zipnya dari atas sampai ke bawah. Sekarang Suzy sudah bogel. Bentuk tubuh Suzy yang solid itu buat Roy jadi lagi ghairah. Sekarang, giliran Roy pula untuk buka baju dan jeansnya yang lusuh. Yang tinggal hanya boxer.
Untuk tambah feel, dan untuk elak bunyi sumbang dia dan Suzy beraksi dari didengari jiran-jiran, Roy pasang lagu.
"Okay", katanya kepada Suzy dan atmosfera.
Sekarang, Suzy sudah lemas dalam dakapan Roy. Perlahan-lahan dia usap Suzy yang masih tidak berekspresi itu, dari atas ke bawah, dari depan ke belakang. Tempat-tempat yang sensitif Roy main, sambil Suzy merengek perlahan. Walaupun baru beberapa tahun Roy berjinak-jinak dalam gejala ini, lagak nya tak ubah seperti seorang pro. Habis gaya dia buat. Gaya baring, gaya pusing, gaya lambung, gaya cangkung semua dia cuba. Nafas Suzy yang awalnya stabil kini jadi semakin tak menentu. Bunyi intimasi mereka berkumandang kuat dalam rumah itu, sampai tenggelam bunyi lagu yang Roy pasang tadi.
Lagu habis. Klimax.
Roy berbaring puas. Dengan Suzy yang masih telanjang disisi, mereka memandang siling tanpa sepatah kata.
Petang nanti dia akan ganti tali gitar akustik buruk itu.

kata-kata kesat oleh
Sake
Isnin, 31 Oktober 2011
LSD
Dia sedih, jadi dia tulis di fesbuk. "Aku sedih", katanya. Kemudian dia log out lalu telan sebiji pil.
Selang beberapa minit, dia masuk kembali, dengan harapan ada yang akan tekan butang like. Tiada, jadi dia sendiri yang tekan. Dia log out untuk sebiji pil lagi.
Tiga jam berlalu, dia bosan dan masih sedih. Sekali lagi dia log in, dengan harapan ada yang akan komen "kenapa", atau "sabarlah", atau "tenang"
Tapi, warna notification nya tidak merah. Kosong. Kali ini, dia komen sendiri.
"='("
Di depan komputer ribanya itu, tanpa daftar keluar, dia telan sekaligus pil yang berbaki di dalam botol. Semuanya sekali, mungkin tujuh belas.

Sampah Nombor Empat
Suzy,
aku letak kau dalam posisi baring,
supaya kau tidur seperti aku.
Selimut kita kongsi.
Kali ini, biar hujan sejuk di luar yang mendodoi.
Tidurlah.
Tidurlah.
Esok ada lagu baru,
Esok kau dan aku membising lagi.
kata-kata kesat oleh
Sake
Ahad, 30 Oktober 2011
Sampah Nombor Tiga
There there, Droppers by!
When I say I love rain,
doesn't mean that I love flood,
nor Hujan,
nor anything that it brings along.
It just the rain.
The combination of drops and lost control,
of gloom and purity,
smashing the tar and the rooftops,
hitting mirrors and bumpers.
And people of urgency,
when they splash the waterholes to the passers by,
I think I'll just laugh.
I'll laugh and wonder,
in crystal clears.

Jumaat, 28 Oktober 2011
If Age Is What Matters, Then I'm 21 Too!
Bunyi lagu The Evpatoria Report- Taijin Kyofusho jadi latar tengah hari itu, bergema perlahan dari mp4 yang tak pernah tutup dari semalam. Mungkin kalau playlist Roy penuh dengan lagu-lagu Pavement, atau Sebadoh, atau Dinosaur Jr, atau Muck, entah berapa ratus lagu sudah termain tanpa pendengar. Tapi bila dia pilih tema post-rock untuk semalam, jadi mungkin hanya sempat beberapa puluh lagu saja.
Roy biar mp4 terus berbunyi. Dia tidak pernah serabut dengan muzik.
Rumah sewa lima bilik itu selalu gelap, selalu malam, walau diluar matahari sudah jenuh memancar dari pagi. Nikmat tingkap yang salur untuk udara masuk memang sekadar khayalan. Jadi, udara panas berlegar macam syaitan, menggangu tidur Roy yang tak pernah cukup.
Perlahan dia meraba kiri kanan, mencari kaca mata besar semata-mata untuk melihat jam di dinding. Barangkali, tidur yang lama itu membuat Roy lupa akan jam merah jambu di pergelangan tangan; jam yang menarik perhatian mata-mata klise untuk mena'kul Roy sebagai seorang yang berjiwa songsang.

Seperti selalu, kaca mata besar Roy masih selamat walaupun posisinya betul-betul di atas lantai di tengah ruang tamu; jalan penghubung penghuni rumah sewa itu dengan dunia luar. Mungkin sebab bingkainya yang besar, jadi siapa-siapa boleh nampak, jadi siapa-siapa boleh elak dari memiijak.
Malas-malas, Roy cuba panjangkan tangan untuk menggapai si kaca mata. Gagal.
Dengan sedikit azam untuk memulakan hari baru, Roy panjangkan lagi. Berjaya.
Dengan sedikit azam untuk memulakan hari baru, Roy panjangkan lagi. Berjaya.
Jam di dinding tunjuk pukul satu setengah. Seperti biasa, kelas Roy yang pagi tadi terlepas. Kalaupun jam merah jambu Roy ada kuasa untuk undur masa, dia tak akan undur ke pukul sembilan. Bagi Roy, kelas Human Communication bosan macam babi. Daripada duduk tiga jam dalam bilik kuliah mendengar pensyarah bercerita tentang effective communication, self and perception, dan segala macam lagi benda mengarut, ada baiknya kalau dia mengkaji kenapa Ibrahim Ali ni berlagak sangat, atau kenapa burung layang-layang akan berlegar atas bumbung kedai roti canai Berahim hanya pada hari rabu, atau kenapa dia tergamak kerat rambutnya yang ala-ala John Cooper Clarke dulu.
Dalam hati, Roy berkira-kira.
"Rokok.Mandi.Zohor.Qada Subuh.Makan.Rokok"
"Sempat lagi kalau nak ke kelas pukul dua ni" fikir Roy, walaupun mungkin terlewat beberapa belas minit.
Tuala yang sukar dikenal pasti warnanya itu Roy capai sebelah tangan, sambil jari tangan yang sebelah lagi mengepit sebatang rokok. Perlahan dia menuju ke bilik air; langkahan pertama untuk satu lagi hari yang sama, atau istimewa.
Mungkin kalau nasibnya baik, gadis dengan baju t New Order yang dia mimpi semalam akan muncul hari ini!
kata-kata kesat oleh
Sake
Rabu, 26 Oktober 2011
Sampah Nombor Dua
Hidup yang tunggang-langgang buat aku kembali pada satu benda asal yang aku suka.
Belajar campur muzik.
Rokok campur muzik.
Makan campur muzik.
Bola campur muzik.
Cita-cita, sekarang nampak makin jelas; kabur.
Yang penting, esok mesti ada lagu baru.
Esok mesti berbaki sebatang dua.
Nafas beracun untuk aku terus hidup.

Langgan:
Catatan (Atom)