"Selamat hari jadi Roy. Mati cepat-cepat, jadi tak perlu lagi aku beri hadiah untuk kamu tahun hadapan! =P"
Ahad, 22 Januari 2012
Hello, Kamu Yang Teristimewa!
Hadiah paling sweeet yang saya harap untuk hari jadi saya yang ke dua puluh satu adalah 21 karton rokok (simbolik untuk umur yang semakin menua, atau kod sulit nombor rahsia peti simpanan hati kamu?) daripada Suzy yang disertakan dengan sekeping nota tulisan tangan berbunyi:
kata-kata kesat oleh
Sake
Jumaat, 20 Januari 2012
Beg Plastik Berwarna Jingga Untuk Hati-hati Yang Patah
Cerita bunuh-membunuh memang tidak kena dengan selera saya. Tembak sana tembak sini, last-last hero jugak yang menang.
Tapi cerita bunuh-membunuh yang saya tengok tadi, mungkin buat saya jadi sayu.
Kenapa?
Begini.
Waktu cerita tinggal lima minit lagi sebelum habis, dan tuhan saja yang tahu betapa bosannya saya dengan jalan cerita yang cukup klise, tiba-tiba telefon saya berdering.
Ada nombor yang tidak dikenali masuk, nombor sembilan angka.
Saya angkat.
"Hello?..." Suara seorang gadis dihujung talian.
"Ya?" Saya jawab.
"Ni Safuan ke?" Tanya si gadis.
"Eh tak. Ni Roy" Kata saya.
"Emm sorryyy. Wrong number"
Tut tut tut...
Gagang telefon diletak.
Ada sedikit rasa hampa pada bait terakhirnya.
Saya resah.
Andaikan begini: dia sedang sesat di Kuala Lumpur, tanpa teman dan wang, dan syiling terakhir yang mahu digunakan untuk menelefon Safuan- kekasih hati yang kononnya bekerja di sebuah kilang elektronik di ibu kota, padahal dia sebenarnya bapak ayam - tersalah digunakan untuk menelefon saya.
Oh tuhan, lindungilah dia.

Isnin, 16 Januari 2012
Mengejut Hasan ke Sekolah
Pagi ini Umi dan Abah saya pergi bekerja awal sikit, jadi tugas mengejutkan adik saya yang tingkatan x(saya tidak pasti dia tingkatan dua atau tiga sebenarnya, jadi saya kira sebagai "x" saja) diserahkan kepada saya.
"Hasan, Hasan, bangun sembahyang subuh" saya kejut. Saya sengaja guna ayat "bangun subuh" daripada "bangun pergi sekolah" supaya saya dilihat sebagai abang yang islamik sikit. Jadi Hasan pun bangun, ambil air sembahyang, lalu solat subuh.
Selesai solat, dia masuk ke bilik, kunci pintu, lalu sambung tidur.
Sekali lagi saya kejut. Kali ini saya guna ayat "bangun pergi sekolah" pula. Dari dalam bilik, Hasan bagitahu saya bahawa hari ini dia malas ke sekolah. Tapi saya tidak mudah mengalah. Hampir lima minit juga saya memanggil "Hasan, Hasan" dari luar bilik. Sebagai budak yang kental, Hasan tidak mengalah. Tiada respon yang diberi.
Mulanya saya agak kecewa dengan Hasan. Sebagai abang, saya rasa bersalah kerana gagal menunaikan tanggungjawab yang diberikan oleh Abah dan Umi.
Kemudian saya terfikir, dulu masa di sekolah, saya dikira sebagai salah seorang pelajar yang kuat ponteng. Pernah sekali, hampir seminggu saya tidak ke sekolah. Masa itu saya memang malas kalau bab pergi sekolah ni; bangun awal, perhimpunan, pengetua merepek- semua ini memang memeningkan kepala. Bila ponteng, biasanya saya akan tidur di bilik stor tempat menyimpan tilam. Memang sedap.
Kawan saya, dia lagi hardcore. Instead of books, dia siap bawa selimut ke kelas supaya bila ponteng, dia boleh tidur dengan selesa di sebuah tandas pelajar perempuan yang sudah tidak digunakan. Kadang-kadang saya dan kawan-kawan yang lain tumpang sekaki. Tambahan pula, kedudukan sekolah saya yang mengadap pantai Batu Burok, dan tandas tempat kami tidur itu pula memang sejuk kerana bayu pantai yang selalu menerjah. Oh nostalgik sungguh!
Jadi Hasan, saya fikir level pontengan dia tidaklah seberapa mana.
Gelap masa depan? Saya tak fikir begitu.
Merujuk kepada kes saya, walaupun kuat ponteng semasa di sekolah, alhamdulillah saya masih berjaya dalam hidup. Buktinya, kereta ketiga saya (Volkwagen Golf GTI) yang saya tempah bulan lepas akan sampai hari ini. Di samping itu, saya akan ke Jakarta bersama isteri saya esok untuk ber honeymoon buat kali yang ke-300 semenjak kami berkahwin dua tahun lepas. Sambil makan angin, boleh la saya buat lawatan mengejut ke syarikat-syarikat saya yang berpengkalan disana. Pagi ini sepatutnya saya ada mesyuarat dengan pelabur dari Amerika. Tapi saya rasa macam malas pula. Walaupun saya mungkin kerugian beberapa bilion, saya tak kisah sangat.
Jadi untuk hari ini, tak mengapalah. Saya kira Hasan menang dalam pertarungan pagi ini.
Semoga Hasan akan turut mengikuti jejak langkah saya apabila dia besar nanti.

Jumaat, 13 Januari 2012
Perahu Kertas
Jadi begitu, ya? Okey.
Sekarang,
biar aku terbang tinggi-tinggi di langit,
lalu jatuh dalam-dalam,
di laut.
Sekarang,
biar aku terbang tinggi-tinggi di langit,
lalu jatuh dalam-dalam,
di laut.
kata-kata kesat oleh
Sake
Sabtu, 7 Januari 2012
Durian
Bagi aku durian ni adalah satu contoh budaya ratio-instrumentalis, lalu membentuk positivisme yang menyokong teguh sistem kapitalis.
Sebagai raja buah, durian juga menyebabkan penularan rasa kasih sayang kepada sistem monarki di kalangan orang yang suka makan.
Sebab tu aku kurang minat.
Sebagai raja buah, durian juga menyebabkan penularan rasa kasih sayang kepada sistem monarki di kalangan orang yang suka makan.
Sebab tu aku kurang minat.
kata-kata kesat oleh
Sake
Selasa, 3 Januari 2012
Diskriminasi Alam Pekerjaan
Abdillah Mamat: Nak kerja tak masa cuti nanti?
Roy: Kerja apa?
Abdillah Mamat: Kerja senang je. Macam katering lebih kurang.
Roy: Wow!
Abdillah Mamat: Gaji mahal. Awek pun ramai!
Roy: Pehhhh!
Abdillah Mamat: Tapi ada satu syarat.
Roy: Apa?
Abdillah Mamat: Rambut tu potong kasi pendek, bagi nampak senonoh sikit, macam rambut aku.
Roy: Cis! Baik aku duduk rumah makan nasik. Cis cis cis!

Rabu, 28 Disember 2011
vinátta blóð
Tengku Malik ikat tali kasut but yang dipinjam dari abangnya itu sedang-sedang; tak kemas tak longgar, sambil mulut kumat-kamit membaca jampi sepotong dua. Di sisinya ada senapang pusaka Mahmud yang dia ambil tanpa izin. Senapang itu berisi, menunggu masa untuk merobek organ apa-apa, atau siapa-siapa yang dirasakan kurang ajar.
Azlan Zaf yang tadinya mengelamun entah kemana kini sudah faham akan situasi. Sekarang dia fokus. Kompas di dalam kocek dia ambil dan goncang dua tiga kali, kemudian dia senyum bila jarum utuh menunjuk ke utara. Peta yang tersisip di pinggang dia buka lalu dia semak betul-betul. Bila sudah cukup yakin, peta itu dia lipat kembali. Kompas di uji semula.
"Creng, creng" Sunyi pagi itu berselang-seli dengan bunyi asahan pisau rambo Carlos Saat. Pisau yang makannya daging minumnya darah itu dia pastikan betul-betul tajam. Sesekali dia uji pisau itu; dia toreh bilahnya ke lengan kiri yang penuh dengan parut-parut perang, jika berdarah, dia senyum, kemudian bilah itu dia jilat, kemudian dia senyum lagi bersama sisa-sia darah yang terpalit di bibir.
Di suatu sudut, Apih Karim sedang ralit mencatat sesuatu pada buku nota yang sudah kusam. Matanya tidak berkelip. Sesekali dia pandang ke langit; mengintai burung barangkali. Sejenak dua, dia kembali pada helaian buku nota, lantas jarinya sekali lagi mulai ligat mendayung batang pena- permulaan untuk sebuah kisah yang panjang, mungkin.
Dari jauh kelihatan Ripang Musa datang. Di bahunya terpikul sekampit guni yang terkandung didalamnya bekalan-bekalan hidup. Sebut saja apa- mancis? beras? kopi? ubat? rokok? morfem?- semua ada. Dia tahu perjalanan ini bukan main-main. Bekalan mesti cukup, persediaan mesti rapi. Ini bukan suka-suka. Kalau rohani jasmani tidak bersedia, dia tak datang ke gunung ini!
Shimi Manan tenang. Bibirnya muncung bersiul ikut rentak lagu Doa Buat Kekasih nyanyian Ramli Sarip duet dengan Khatijah Ibarahim. Bersahaja itu memang lagaknya. Kalaupun khuatir, perasaan itu pasti dia sorok dalam-dalam. Pendek kata, hanya tuhan, malaikat, dan syaitan sahaja yang tahu apa dia rasa.
Di sebalik pohon di kaki gunung itu, Abdillah Mamat petah mengucapkan ayat-ayat manis kepada kekasih hati, boleh jadi untuk yang terakhir kali. "Abang pergi ya sayang? Jangan tunggu" katanya. Kemudian dia dail nombor lain, dan ayat yang sama diulang lagi, dan lagi, dan lagi.
Dalam ramai-ramai, hanya Badrul Hakim dan Pesa Kamal saja yang nampak macam gembira. Dua orang ni memang tak takut mati. Ketika yang lain sedang genting, mereka berdua asyik bergurau senda macam hari raya. Sekejap Badrul Hakim tarik rambut cacak Pesa Kamal, sekejap Pesa Kamal tarik rambut kerinting Badrul Hakim. Kalau Ahmad Solihim ada, pasti dia akan kata "babi, celaka betul!"
Sambil memerhati kawan-kawan melakukan persiapan terakhir, Roy yang sedang bertenggek diatas sebuah batu gergasi cepat-cepat menghabiskan rokok kelima nya pagi itu. Setelah selesai, dia mengorak langkah perlahan ke arah mereka.
Kini semua mata memandang tepat ke arah Roy. Serius.
Setelah batuk-batuk kecil, Roy mula bersuara.
"Dengar sini semua" katanya.
"Perjalanan ini, terasa sangat menyedihkan,,,"
"Ahh, tak payah nak bermadah-madah sangat la!" Sampuk Ahmad Solihim yang datang entah dari mana. Baru selesai berak barangkali.
"Straight to the point la Roy!" Katanya lagi.
"Okay-okay" balas Roy, akur. Lalu dia sambung.
"Kawan-kawan, kalaupun kita mati hari ini, biarlah kita mati bermaruah! Kalaupun kita mati, biarlah kita mati sebagai pejuang!" Jerit Roy penuh semangat. Lagaknya tak ubah seperti seorang ketua turus angkatan perang.
"Ya!!" Kawan-kawan lain menyorak penuh tenaga. Kaki gunung itu bergegar. Unggas dan burung yang terkejut bertempiaran terbang.
Setelah selesai berkata-kata, dengan wajah bengis, Roy tarik parang yang terselit di pinggang. Tanpa rasa gerun, dia toreh jari kelingkingnya hingga berdarah, lalu dia titis darah itu ke dalam sebiji gelas besi. Carlos Saat sambung. Dengan pisau rambo nya yang siap diasah, dia toreh lengannya dalam-dalam, dan serentak darah memercik memenuhi separuh gelas. Kawan-kawan lain turut ikut serta menyumbang darah masing-masing.
Kini gelas itu sudah penuh dengan darah mereka.
Mula dengan Roy, kemudian Tengku Malik, kemudian Badrul Hakim, kemudian Carlos Saat, kemudian Ahmad Solihim, kemudian Apih Karim, kemudian Azlan Zaf, kemudian Shimi Manan, kemudian Pesa Kamal, kemudian Abdillah Mamat, kemudian Ripang Musa; darah dalam gelas itu mereka minum seorang demi seorang hingga ke titisan terakhir, sedikit pun tidak berbaki.
Berbekal doa, harapan, dan darah hanyir semangat, perjalanan dimulakan.

Langgan:
Catatan (Atom)