Juwita; suatu hari aku bertemu dia. Waktu itu dia bekerja sebagai gadis cashier di sebuah 7eleven.
"Nak beli apa?" Dia tanya.
"Boleh bawa saya ke tahun 2007?" Aku kata.
"Kenapa?" Dia tanya lagi.
"No reason" Aku kata.
"Mana boleh no reason!" Bibirnya mencebik manja.
"Okay okay. Sebenarnya saya mahu jadi pemuja rahsia semula" Jawab aku terus terang.
"Kenapa perlu pergi ke masa lalu? Sekarang tak boleh?" Dia tanya lagi.
"Tak boleh, rasa tu dah hilang" Aku kata.
"Hmmm" Dia keluh panjang.
"Sebenarnya saya tak boleh bawa awak ke masa lalu. Tapi, saya boleh bawa awak ke masa depan. Awak mahu?" Dia tanya aku.
"Kenapa?" Kali ini aku pula yang tanya dia.
"Supaya awak boleh jadi pemuja rahsia semula?" Dia jawab, tapi tak pasti.
"Tak boleh. Kan saya dah kata rasa tu dah hilang." Aku kata.
"Hmmm" Dia mencebik lagi. Kali ini seakan merajuk.
Ah Juwita, mesin masa yang ketinggalan zaman!
Aku tinggalkan dia disitu untuk ke 7eleven yang lain.
Khamis, 22 Mac 2012
Sabtu, 10 Mac 2012
Kemalangan Yang Indah Bersama Gadis Berambut Ungu (Gula-gula perisa asam jawa)
Tadi aku ke Dungun ikut kawan makan kenduri. Dalam kereta aku duduk belakang. Tiba-tiba ada seorang gadis di tepi aku. Dia cabut earphone dekat telinga aku lalu pasang di telinga dia.
"Lagu apa ni wak?" dia tanya manja.
"Lagu mono, yearning tajuk dia" Aku kata.
"Bila dia nak start nyanyi?" dia tanya lagi.
"Mono tak ada nyanyi. Suara dia tak sedap" aku jawab.
"Ohh. Ok" Dia senyap.
Aku suka bila angin belai rambut dia yang warna ungu tu. Aku pandang dia sampai dia tertidur atas bahu aku.
Kereta melunjur laju. Aku pun akhirnya tertidur juga; tidur sebelah gadis berambut ungu yang aku tak tahu datang dari mana.
***
"Sretttttttttttt!"
Aku tersedar dari tidur bila Hafiz (kawan aku yang bawa kereta) brek mengejut. Panik juga waktu itu. Tanpa paling ke tepi, aku tanya dia (gadis berambut ungu) ok ke tak.
"Mu cakap dengan sapa?" Tanya Pop yang duduk di kerusi penumpang kat depan.
Aku yang masih bingung, pandang tepi dan yang ada hanyalah bayang-bayang aku sendiri.
Aku senyum. Aku tahu gadis berambut ungu itu sudah bertukar menjadi gula-gula perisa asam jawa, dan kini dia duduk tenang dalam kocek aku. Sebelum telan, aku bagitahu dia (gadis berambut ungu aka gula-gula asam jawa) "tenang, awak akan jadi sebahagian dari saya".
Akhirnya, kami bersatu dan hidup bahagia sampai sekarang.

kata-kata kesat oleh
Sake
Selasa, 6 Mac 2012
Review Tentang Langit Vanilla
Ada orang, seninya membawa dia jauh dari tuhan yang maha seni.
Ada orang (baca: Wani Ardy), seninya membawa dia dekat kepada tuhan yang maha seni.
Ada orang (baca: Wani Ardy), seninya membawa dia dekat kepada tuhan yang maha seni.
kata-kata kesat oleh
Sake
Isnin, 5 Mac 2012
Cerita Paling Hebat Di Pulau Perhentian
Bimbang ada penyu yang akan salah anggap bahawa objek itu adalah rumpai laut- lalu makan, dan akhirnya mati tercekik gara-gara cinta kita yang sudah putus dua (satu untuk kau satu untuk aku)-;
aku terjun ke laut untuk kutip balik foto kau yang aku gumpal dan buang tadi.
kata-kata kesat oleh
Sake
Khamis, 1 Mac 2012
Di Awan Yang Hitam Dan Kancil Yang Putih
Kalau aku burung, dan kau burung. Aku terbang, dan kau terbang.
Dalam perjalanan ke awan, sayap kita saling mendakap. Paruh kita mula mendekat, cumbu rakus, dan aku bersiul "i love you i love you i love you" dalam bahasa burung.
Sampai. Tapi awan hari ini hitam.
"Kita bertenggek sekejap" aku kata. Hajatnya selepas ini mahu terus ke bintang.
Hujan mula turun. Watak kita mula berevolusi menjadi sepasang kekasih, terperangkap di dalam sebuah kereta kancil putih yang kehabisan minyak.
Kau marah-marah, tapi aku kata ini pengalaman. Kau marah-marah lagi, kali ini aku senyum dan cubit pipi kau.
Kau diam, lalu kau mula menghilang seperti kapal di tengah laut diselubung kabus tebal.
Watak kita berevolusi lagi. Yang tinggal kini cuma aku.

Selasa, 28 Februari 2012
Bas Berwarna Oren
Bila hari jadi awak?
Lambat lagi...
Lambat lagi tu bila?
Lagi dua bulan?
Ohh lambat lagi...
Dia senyum.
Anyway, selamat hari jadi...
Thanks.
Dia senyum lagi.
Bas sampai. Aku pergi tanpa sempat tanya nama gadis itu.
kata-kata kesat oleh
Sake
Isnin, 27 Februari 2012
Masa-masa Begini
Masa-masa begini,
dulu,
aku selalu rasa jatuh.
Sekarang,
masa-masa begini,
masa aku jatuh lagi,
kau ada.
Nasib baik.
dulu,
aku selalu rasa jatuh.
Sekarang,
masa-masa begini,
masa aku jatuh lagi,
kau ada.
Nasib baik.
kata-kata kesat oleh
Sake
Langgan:
Catatan (Atom)