Banyak sangat yang aku nak kata,
sekarang aku tak tahu nak kata apa.
Banyak sangat yang aku rasa,
sekarang aku tak rasa apa-apa.
Jumaat, 19 Ogos 2011
Sabtu, 13 Ogos 2011
Polis Yang Bodoh
Semalam polis mahu saman aku. Namun apakan daya, kad pengenalan aku tertinggal di rumah. Aku menyuruh Karlos pergi ke rumah dan mengambil kad pengenalan aku.
Ketika sedang menunggu Karlos, aku sempat bergaul mesra menghisap rokok bersama polis-polis. Tiba-tiba datang seorang polis yang bodoh. Polis itu kata begini;
"Kalau tak sampai I/C sebelum pukul dua, tidur lokap la kau! Aku tak bagi peluang! Orang putih kata, no choice!"
Sekarang baru lah aku tahu kenapa hanya orang-orang bodoh tak lepas SPM saja yang jadi polis.
*
Tiada peluang = no chance.
Tiada pilihan = no choice.
Tiada otak = Polis.

kata-kata kesat oleh
Sake
Khamis, 11 Ogos 2011
Genre-genre Teraweh
Alhamdulillah, dah masuk hari ke sepuluh kita puasa. Tahun ni aku masih cukup lagi. Tak tahu la kalau ada orang yang tak uzur dah ponteng. Itu namanya bangang. Kalau ada yang jenis macam tu sila remove aku dari senarai friend korang. Bukan apa, aku ni jenis mudah terpengaruh.
Sebenarnya, entri kali ni aku tulis sebab aku ada buat pemerhatian sikit masa solat teraweh dekat masjid. Mungkin sebab kadang-kadang tok imam baca panjang sangat kot, jadi kyusuk masa sembahyang tu hilang. Aku jumpa banyak jenis imam. Jadi, aku cuba buat satu kajian. Memang benda ni nampak mengarut, tapi bagi aku yang jiwanya susah nak lari daripada muzik, aku cuba buat supaya benda ni nampak masuk akal.
Dekat bawah ni ada satu nota ringkas tentang jenis-jenis bacaan tok imam masa solat teraweh, kalau mengikut kepala otak aku la.
Balada: Baca dengan tempo lambat, beralun-alun dan sedap. Biasa kalau buat dua puluh paling kurang pukul sebelas baru habis.
Rock: Nadanya agak keras dengan suara serak-serak basah. Tempo agak laju. Ini kiranya peringkat pertengahan. Pukul sepuluh dah boleh moreh.
Punk: Suara biasa-biasa saja, tapi macam ada semangat dalam bacaan. Tempo laju sikit daripada rock. Jenis ni paling cepat habis.
Emo: Baca dengan penuh perasaan. Kadang-kadang sampai menangis. Kadang-kadang laju kadang-kadang perlahan. Ikut atas mood tok imam.
Yang jenis-jenis lain aku tak jumpa lagi. Kalau jumpa aku update.
Selamat berteraweh!

Ahad, 7 Ogos 2011
Buku-buku Yang Terbang
Masa aku lukis menatang kat atas ni, aku tengah terawang-awang. Aku tak tahu aku buat apa masa tu. Bila siap, baru aku macam nampak apa yang aku lukis.
Lagi satu, aku lukis pakai paint.
Satu lagi, aku saja buat gambar ni jadi terlebih ke kiri sikit. Saja.
******************
Sesi Temubual Bersama Roy
Roy: Kenapa buku-buku ini mengembara?
Aku: Mungkin sebab buku-buku ini bosan duduk dalam perpustakaan.
Roy: Kenapa naik karpet terbang?
Aku:Mungkin karpet terbang nampak lagi kool dari roket.
Roy: Kenapa buku yang belakang sekali pakai spek?
Aku: Mungkin sebab dia kuat membaca.
Roy: Kenapa buku yang belakang sekali nampak sedih, atau takut?
Aku: Mungkin sebab dia duduk belakang sekali. Biasalah.
Roy: Planet apa yang warna oren, ungu, dan segala bagai tu?
Aku: Tak tahu. Kan aku dah cakap aku tengah terawang-awang. Aku main lukis je.
Roy: Kenapa buku?
Aku: Mungkin sebab buku ni ringan, jadi karpet terbang boleh angkut.
Roy: Kenapa bukan pensil? Pensil lagi ringan.
Aku: Kalau letak pensil nanti takut ia bergolek, lalu jatuh ke bumi.
Roy: Emm.
Aku: ..........
Roy: Puasa tak hari ni?
Aku: Puasa la.
Roy: Semalam pergi mana?
Aku: Lepak dengan Malik dan Shimi.
Roy: Oh.
Aku: .......
Roy: Puasa tak semalam?
Aku: Malam mana ada orang puasa!
Roy: Oh.
Aku: .......
Roy: Dengar cerita dah bertunang?
Aku: Oh. Itu Malik, aku belum lagi.
Roy: Oh, Malik. Bertunang dengan siapa?
Aku: Ala, aku cakap pun kau tak kenal. Budak satu sekolah dulu.
Roy: Aah. Ok.
Selamat berpuasa!
kata-kata kesat oleh
Sake
Sabtu, 6 Ogos 2011
Mengetuk Pintu Syurga
Bukan selalu Roy bangun awal. Biasanya, waktu ini dia masih bermimpi. Bermimpi yang macam-macam. Bermimpi yang bukan -bukan. Roy kesat taik mata yang melekat di kelopak. Jam di dinding pukul 5.25 pagi.
"Sempat lagi nak bersahur ni". Bisik hati kecil Roy.
Dengan langkah huyung-hayang, Roy menapak perlahan ke dapur. Suis lampu yang agak klasik pada dinding di tekan, lantas terpancarlah cahaya putih menerangi segenap pelusuk dapur bujang itu.
Tudung saji diangkat. Hampa.
Sisa-sisa makanan berbuka yang tadinya masih berbaki kini sudah jadi rezeki semut. Kerana waktu sahur yang semakin tidak mengizinkan, Roy ambil jalan mudah. Neskafe dibancuh pekat-pekat.
"Okay lah ni, alang-alang dah bangun" Fikir Roy.
Orang lelaki bersahur. Ringkas.
Roy duduk diatas kerusi malas di depan rumahnya. Segelas Neskafe pekat di sebelah, dan di sebelah Neskafe pekat itu ada kotak rokok Marlboro yang di dalamnya cuma tinggal dua batang. Sambil menghirup hidangan sahurnya itu, Roy menyalakan sebatang rokok. Asap beracun ditarik perlahan-lahan ke dalam peparu, sambil mata di pejam-celik-pejam-celik memandang bintang yang masih ada di langit.
Sayup-sayup bunyi bacaan ayat-ayat Al-Quran dari speaker surau berdekatan memecah hening pagi itu. Rokok terakhir dinyala. Masih sempat lagi. Neskafe yang tinggal separuh dihirup cepat-cepat. Asap rokok juga dihembus cepat-cepat.
"Allahuakbar, Allahuakbar!" Suara bilal yang serak-serak basah kini berkumandang. Sudah masuk waktu subuh. Sudah habis waktu sahur.
Entah mengapa, hari itu, ada sesuatu yang luar biasa menerjah hati Roy. Kalau hari-hari lain, bunyi azan itu tidak lebih dari sekadar bunyi-bunyi kosong. Bunyi yang tidak ada makna. Bunyi yang Roy tidak ambil peduli. Tapi kali ini, entah mengapa hatinya terdetik untuk menuju ke arah bunyi itu.
Biasalah orang muda, suka mencuba.
Sampai di surau, mata-mata semuaya memandang ke arah susuk tubuh Roy. Dengan rambut yang panjangnya mencecah bahu, baju T tertulis nama Bob Dylan berserta kain pelikat usang, dia pastinya tidak pandai bergaya seperti ahli surau.
Roy tidak ambil peduli terhadap pandangan masyarakat yang dirasakannya skeptis itu. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan!
Subuh hari itu, untuk kali pertama dalam tempoh yang dia sendiri pun lupa, Roy menunaikan solat subuh secara berjemaah dengan rela hati. Kalau tidak percaya, ahli-ahli surau dan tikar -tikar sejadah boleh menjadi saksi.
Selesai solat, wirid, dan doa , Roy bergegas mahu pulang. Mengantuknya tidak tertahan lagi. Namun melihatkan kepada ahli-ahli surau lain yang sedang bersalaman, Roy tidak mahu jadi kurang ajar. Satu-satu tangan orang yang dia tidak pernah jumpa sebelum ini dicapai, lalu digenggam erat. Roy bernasib baik kerana dia hidup di bumi Malaysia. Kalau di Mekah, pastinya dia perlu berpeluk cium siap!
Sampai giliran tok imam.
Tangan orang tua itu digenggam dan mahu dilepaskan cepat-cepat. Tapi, genggaman tok imam bukan calang-calang. Tangan mereka masih melekat. Ada sesuatu yang mahu disampaikan oleh ketua surau itu.
"Knocking on heaven's door?' Bisik tok imam dengan nada bertanya. Tajuk lagu Bob Dylan yang bahasanya Inggeris itu diungkap lancar.
Roy tersenyum.
"Power jugak tok imam ni!" Kata Roy dalam hati.

Subuh
Subuh ini,
ada yang tidur,
ada yang bertafakur,
ada yang bersahur.
Subuh ini,
ada yang berjalan kaki,
ada yang berbasikal warna-warni,
ada yang bersama kekasih hati.
Subuh ini,
ada yang masih takut Ilahi,
ada yang sudah tidak peduli.
ada yang tidur,
ada yang bertafakur,
ada yang bersahur.
Subuh ini,
ada yang berjalan kaki,
ada yang berbasikal warna-warni,
ada yang bersama kekasih hati.
Subuh ini,
ada yang masih takut Ilahi,
ada yang sudah tidak peduli.
kata-kata kesat oleh
Sake
Rabu, 3 Ogos 2011
Tak Tahu Tajuk! (TTT!)
Bulan puasa ada orang macam mati.
Bulan puasa ada orang macam hidup selamanya!
Bulan puasa ada orang macam hidup selamanya!
kata-kata kesat oleh
Sake
Langgan:
Catatan (Atom)