Sabtu, 2 Julai 2011

Pemimpi

kawan aku cakap,
kita hidup kena jadi realist.
Bukan pemimpi.

Realiti hidup ni,
bukan macam dalam wayang gambar,
bukan macam cerita-cerita novel,
bukan macam ayat-ayat puitis.
Cakap boleh,buat susah.

Realiti hidup kat malaysia,
kalau nak berjaya,
kena ada kabel besar,
kena pandai bodek,
orang bawah basuh berak orang atas.

Aku,
pergi mampus sama kabel-kabel,
pergi mampus sama bodek-bodek,
berak aku basuh sendiri.

Aku pemimpi.