Sabtu, 13 Ogos 2011

Polis Yang Bodoh

   Semalam polis mahu saman aku. Namun apakan daya, kad pengenalan aku tertinggal di rumah. Aku menyuruh Karlos pergi ke rumah dan mengambil kad pengenalan aku.

   Ketika sedang menunggu Karlos, aku sempat bergaul mesra menghisap rokok bersama polis-polis. Tiba-tiba datang seorang polis yang bodoh. Polis itu kata begini;

"Kalau tak sampai I/C sebelum pukul dua, tidur lokap la kau! Aku tak bagi peluang! Orang putih kata, no choice!"

   Sekarang baru lah aku tahu kenapa hanya orang-orang bodoh tak lepas SPM saja yang jadi polis.

*
Tiada peluang = no chance.
Tiada pilihan = no choice.
Tiada otak = Polis.

Khamis, 11 Ogos 2011

Genre-genre Teraweh

   Alhamdulillah, dah masuk hari ke sepuluh kita puasa. Tahun ni aku masih cukup lagi. Tak tahu la kalau ada orang yang tak uzur dah ponteng. Itu namanya bangang. Kalau ada yang jenis macam tu sila remove aku dari senarai friend korang. Bukan apa, aku ni jenis mudah terpengaruh.

   Sebenarnya, entri kali ni aku tulis sebab aku ada buat pemerhatian sikit masa solat teraweh dekat masjid. Mungkin sebab kadang-kadang tok imam baca panjang sangat kot, jadi kyusuk masa sembahyang tu hilang. Aku jumpa banyak jenis imam. Jadi, aku cuba buat satu kajian. Memang benda ni nampak mengarut, tapi bagi aku yang jiwanya susah nak lari daripada muzik, aku cuba buat supaya benda ni nampak masuk akal.

   Dekat bawah ni ada satu nota ringkas tentang jenis-jenis bacaan tok imam masa solat teraweh, kalau mengikut kepala otak aku la.

Balada: Baca dengan tempo lambat, beralun-alun dan sedap. Biasa kalau buat dua puluh paling kurang pukul sebelas baru habis.
Rock: Nadanya agak keras dengan suara serak-serak basah. Tempo agak laju. Ini kiranya peringkat pertengahan. Pukul sepuluh dah boleh moreh.
Punk: Suara biasa-biasa saja, tapi macam ada semangat dalam bacaan. Tempo laju sikit daripada rock. Jenis ni paling cepat habis.
Emo: Baca dengan penuh perasaan. Kadang-kadang sampai menangis. Kadang-kadang laju kadang-kadang perlahan.  Ikut atas mood tok imam.

   Yang jenis-jenis lain aku tak jumpa lagi. Kalau jumpa aku update.

   Selamat berteraweh!

Ahad, 7 Ogos 2011

Buku-buku Yang Terbang



Masa aku lukis menatang kat atas ni, aku tengah terawang-awang. Aku tak tahu aku buat apa masa tu. Bila siap, baru aku macam nampak apa yang aku lukis. 

Lagi satu, aku lukis pakai paint

Satu lagi, aku saja buat gambar ni jadi terlebih ke kiri sikit. Saja.

****************** 

Sesi Temubual Bersama Roy

Roy: Kenapa buku-buku ini mengembara?
Aku: Mungkin sebab buku-buku ini bosan duduk dalam perpustakaan. 
Roy: Kenapa naik karpet terbang?
Aku:Mungkin karpet terbang nampak lagi kool dari roket. 
Roy: Kenapa buku yang belakang sekali pakai spek? 
Aku: Mungkin sebab dia kuat membaca.
Roy: Kenapa buku yang belakang sekali nampak sedih, atau takut?
Aku: Mungkin sebab dia duduk belakang sekali. Biasalah.
Roy: Planet apa yang warna oren, ungu, dan segala bagai tu?
Aku: Tak tahu. Kan aku dah cakap aku tengah terawang-awang. Aku main lukis je.
Roy: Kenapa buku?
Aku: Mungkin sebab buku ni ringan, jadi karpet terbang boleh angkut.
Roy: Kenapa bukan pensil? Pensil lagi ringan.
Aku: Kalau letak pensil nanti takut ia bergolek, lalu jatuh ke bumi.
Roy: Emm.
Aku: ..........
Roy: Puasa tak hari ni?
Aku: Puasa la.
Roy: Semalam pergi mana?
Aku: Lepak dengan Malik dan Shimi.
Roy: Oh. 
Aku: .......
Roy: Puasa tak semalam?
Aku: Malam mana ada orang puasa!
Roy: Oh.
Aku: .......
Roy: Dengar cerita dah bertunang?
Aku: Oh. Itu Malik, aku belum lagi.
Roy: Oh, Malik. Bertunang dengan siapa?
Aku: Ala, aku cakap pun kau tak kenal. Budak satu sekolah dulu.
Roy: Aah. Ok.


Selamat berpuasa!