Khamis, 29 September 2011

Ribut Semalam

   Semalam, ribut kuat dekat Terengganu. Kalau dulu ada cikgu aku cakap, biasa la alam semulajadi tak boleh di ramal. Alam semulajadi? Aku tak percaya.



    
مَّا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللّهِ وَمَا أَصَابَكَ مِن سَيِّئَةٍ فَمِن نَّفْسِكَ وَأَرْسَلْنَاكَ لِلنَّاسِ رَسُولاً وَكَفَى بِاللّهِ شَهِيدًا

Ma asabaka min hasanatin famina Allahi wama asabaka min sayyi-atin famin nafsika waarsalnaka lilnnasi rasoolan wakafa biAllahi shaheedan

[4:79] Apa saja ni′mat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja BENCANA yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi.

Ahad, 25 September 2011

Deeper into movies.

   Pehh, dah lama rasanya jari-jari tangan aku ni tak menaip benda-benda bodoh. Rasa kejang pun ada nak bagi siap satu ayat. Bukan apa, dah lama tak update menatang blog ni. Takut nanti apa pulak orang kata. Tak manis pulak.

*********************************************

Mengail udang bersama Abdillah.
Malik pergi Mesir.
Mat Sabu dicop komunis.
Shimi si junior kacak UITM.
Penyesalan di malam raya kedua.
Tertido ketika konsert Man Kidal.
Mang kawen.
Video seks baru Anwar.
Kerja gila bersama Weng dan Paid.
Kerja dekat kedai nasi arab.
Mendapat awek.
Berhenti kerja kedai nasi arab.
Karlos digigt lembu.
Hampir muntah melihat Lan dan Yati bermadu kasih.

   Nampak? Banyak benda yang aku nak cerita sebenarnya. Tapi sebab petang tadi kaki aku terseliuh masa main bola (biasa la orang power memang selalu jadi mangsa nafsu-nafsu buas), jadi tak boleh la nak menaip banyak-banyak.

   Lain la kalau aku jenis menaip pakai tangan.