Khamis, 26 Januari 2012

Fangtasia

Malam itu, saya dan Jessica berbaring di sebuah padang rumput yang luas sambil memandang langit. 

"Langit masih sama macam semalam", katanya.

Saya senyum. 

Saya cubit pipi Jessica. Dia pandang saya. Matanya saya tatap dalam-dalam. Perlahan-lahan Jessica ketawa sambil tangannya menampar lembut pipi saya.

...

Hampir dua jam kami menatap langit tanpa apa-apa kata. Bintang kelihatannya semakin mendekat, lalu perlahan-lahan berlegar di atas kepala kami. 

Jessica bangkit dari pembaringan, dia capai gitar yang berada di atas rumput.

"Sing me a song plisssssss?..." Jessica rayu manja sambil tangannya menghulur gitar itu kepada saya.

Saya senyum. 

"Nak lagu apa?" saya tanya.

"You can't steal my love?" Jessica buat muka comel.

"Lame la lagu tuuu" kata saya. Bagi saya, lagu Mando Dioa hanya untuk budak-budak baru nak up.

"Okay fine. Virginia Moon? Awak jadi Dave Grohl saya jadi Norah Jones, hihi" pinta Jessica sambil memandang bulan.

“Okay” saya sengih-sengih.

Saya petik gitar.

“Dearest, constellation, heaven surrounding you…” saya nyanyi.

Masuk bahagian korus, Jessica nyanyi sama-sama.

“ Virginia moon, I wait for you tonight..”

“And our, shades become, shadows in your light..”

“In the morning wind we're through and tomorrow rescues you,
I will say goodnight”

“I will say goodnight…”

Lagu tamat. Jessica tepuk tangan.

“Sweet…” katanya.

Saya senyum, lalu saya cubit hidungnya. Dia ketawa manis.

Jam sudah tunjuk pukul lima empat puluh lima. Saya pandang Jessica. Jessica angguk. Dia faham bahawa 
kami harus pulang. Saya pimpin tangannya menuju ke kereta.

Sinar jingga mentari hampir terbit di ufuk timur. Saya tekan pedal minyak supaya kereta bergerak lebih laju. Di kerusi penumpang sebelah saya, Jessica mulai resah.

Sebelum sempat matahari terbit, kami sampai di rumah Jessica. Bill Compton kelihatannya sudah menunggu di beranda. Dia kerling tajam.

“Cepat sikit!” kata Bill Compton.

Saya angguk. Saya pimpin Jessica masuk ke dalam rumah. Nasib baik sempat ,kata saya dalam hati.

Bill Compton sudah ke tingkat bawah tanah. Saya bawa Jessica ke biliknya. Sampai di bilik, saya buka pintu keranda. Wajah Jessica mulai sayu.

“Maaf Roy” kata Jessica sambil melangkah masuk ke dalam keranda.

“It’s okay” bisik saya di telinga Jessica, lalu saya cium dahinya.

Jessica sudah baring. Dia pandang saya.

"Selamat pagi" ucap Jessica.

"Selamat pagi..." balas saya sambil mengukir senyum.

Perlahan matanya dipejam.

Pintu keranda saya tutup.


Saya letak sebatang Surya di bibir. Saya cucuh dan berlalu pergi.

Ahad, 22 Januari 2012

Hello, Kamu Yang Teristimewa!

Hadiah paling sweeet yang saya harap untuk hari jadi saya yang ke dua puluh satu adalah 21 karton rokok (simbolik untuk umur yang semakin menua, atau kod sulit  nombor rahsia peti simpanan hati kamu?) daripada Suzy yang disertakan dengan sekeping nota tulisan tangan berbunyi: 

"Selamat hari jadi Roy. Mati cepat-cepat, jadi tak perlu lagi aku beri hadiah untuk kamu tahun hadapan! =P"