Sabtu, 23 Julai 2011

Bosan

Muzik itu, aku rasa bukan hiburan.
Hiburan pula, kadang-kadang saja berseni.
Seni, selalu dibataskan oleh mentaliti.
Mentaliti orang sekular.

P/s: Aku bosan, aku tulis mengarut.

Jumaat, 22 Julai 2011

Kali Pertama Bertemu Duga

   Masa lepas SPM dulu, aku terumbang-ambing. Orang semua sibuk cerita pasal masa depan. Aku? Masa depan aku adalah masa sekarang. Kah kah kah! Masa ni, ada satu benda orang panggil JPA. Orang cakap, JPA ni la yang paling power. Siapa-siapa dapat mesti nanti kerja sedap, hidup senang, awek ramai. Kalau nak ikut, aku malas jugak nak mintak, tapi nanti orang kata aku tak ikut flow pulak. Senang cerita, aku mintak jugak la.

   Beberapa minngu lepas tu, aku dapat email orang JPA hantar. Dalam email tu dia cakap kena pergi temu duga. "Ingat senang-senang je kami nak bagi engkau pergi oversea?", kata sang penghantar email. Ceh, ada temu duga pulak! ingat boleh dapat macam tu je. Ikut hati, memang aku malas nak pergi temu duga ni. Tapi sebab mak aku suruh, aku pergi.

   Nak pergi temu duga ni, aku tak tahu pulak kena pakai macam orang kerja pejabat. Rambut masa ni boleh tahan, tapi tak la sampai tahap macam Omar Rodriguez. Aku sarung kasut vans petak-petak, seluar warna hitam. Baju, tali leher pinjam dengan kawan. Siap!

   Sampai je kat tempat temu duga, semua orang tengok aku muka tak puas hati. Sebab aku dah biasa kena macam tu, aku buat bodoh je. "Ramai jugak orang", kata aku dalam hati. Dekat belakang, aku tengok semua tengah ghairah, atau mat saleh cakap, excited. Excited atau horny?. Ah, peduli apa. Yang penting, ghairah!

   Dekat setengah jam melepak, orang panggil nama aku. Sebab masa tak cukup, aku kena temu duga berkumpulan. Ha, yang ni aku tahu apa mat saleh panggil. Gangbang! kah kah kah!

   Masuk je dalam bilik berekon sejuk tu, mata encik-encik penemu duga dah tepat tengok kat aku. "Ceh, gay ke?!", aku monolog dalam hati.

"Cantik kasut". Kata penemu duga nombor satu.
"Cantik rambut". Kata yang nombor dua. Yang nombor tiga senyum sinis, sambil main-main misai.

   Temu duga bermula. Masing-masing bawak file yang tebal nya gila babi. Tebal macam selipar yang minah rempit selalu pakai tu. Aku tak ingat orang melayu panggil apa, tapi kalau dekat amerika orang panggil wadges/weges/wathefuck (aku tak reti nak eja macam mana).

   Apa lagi,aku pun bawak keluar jugak file aku. Aku mudah. Satu sijil berhenti sekolah, satu sijil perkhemahan kadet bomba, satu lagi sijil ahli jawatankuasa kelab bahasa inggeris.

   Masa temu duga, bukan main lagi sorang-sorang jawab. Bila encik penemu duga tanya pasal jawatan dekat sekolah, macam-macam keluar.

Calon 1: Saya presiden kelab Bahasa Perancis, ketua pengawas, presiden bla bla bla.
Calon 2: Saya presiden kelab sains, ketua dorm, inspektor gadjet bla bla bla.
Calon 3: Saya jadi ketua pelajar, awek saya jadi timbalan. Saya jadi ketua pengawas, awek saya jugak jadi timbalan!


   Dalam hati aku fikir, "gila babi, diorang ni pergi sekolah nak belajar ke nak berpolitik?".
Bila sampai giliran aku, macam-macam pulak dia tanya.

Encik Penemu Duga : Awak sekolah agama?, cuba cakap arab sikit.
Aku : Ana,ana,ana,ah!
Encik Penemu Duga : Apa pencapaian kokurikulum awak dekat sekolah?
Aku : Saya kat sekolah saya jadi AJK kelab bahasa inggeris, lepas tu saya pernah ikut kelab bomba pergi berkhemah sekali.
Encik Penemu Duga : Awak takde pegang apa-apa jawatan yang hebat-hebat ke masa sekolah? (masa ni muka memang betul-betul tak puas hati!)

   Aku dah tahu soalan ni akan keluar. Jawapan memang dari awal-awal lagi aku dah sedia.

Aku: Saya dulu segala ketua saya pegang encik!
Encik Penemu Duga: Habis tu, mana sijil?
Aku: Dulu rumah saya terbakar encik. Sijil-sijil habis terbakar sekali!
Encik Penemu Duga: Oh.

   Masa ni aku tahu memang diaorang takkan percaya. Peduli apa!. Aku nak keluar cepat-cepat dari bilik berekon tu, aku nak hisap rokok!

P/s: Jangan hipokrit masa temu duga!

Khamis, 21 Julai 2011

Cerita Si Tiga Beradik.

     Ada sebuah negeri jauh yang namanya Negeri Kasih, negeri yang mana kewujudannya tidak dicatat di dalam peta. Kata orang tua-tua di situ, siapa-siapa yang boleh menghitung jumlah bintang semuanya sekali, orang itu akan menjadi kaya-raya. Jadi, rakyat di situ kerjanya tiadalah lain kecuali siang tidur, malam berjaga. Berjaga untuk mengira bintang. Berjaga untuk hidup senang.

    Walaupun begitu, masih ada beberapa kerat penduduknya yang waras, yang tidak mudah percaya pada siaran-siaran berita di peti televisyen mahu pun artikel-artikel akhbar arus perdana. Mereka-mereka ini tidak fikir bahawa dengan mengira bintang, mereka boleh hidup mewah. Kalau pun boleh, mustahil rasanya untuk mengira bintang sampai habis. Mereka-mereka ini di gelar oleh orang-orang Negeri Kasih sebagai  The Rebels. Dalam kelompok The Rebels ini, ada tiga orang yang darah nya sedarah, daging nya sedaging, atau mengikut bahasa mudah, adik beradik. Yang abang sekali di panggil Abang Long, yang kedua di panggil Abang Ngah,  dan yang ketiga di panggil Adik Bongsu.

    Di pendekkan cerita, si tiga ini cadang nya ingin merantau, ingin hidup senang dengan mencari rezeki di tempat orang, bukan dengan menghitung bintang. Selepas sedikit brainstorming, setuju lah mereka untuk bergerak ke arah barat, yang khabarnya ada sebuah negeri di sana, namanya Negeri Kacak, negeri yang namanya juga tidak dicatat di dalam peta.

    Berbekalkan sedikit makanan, air, GPS, serta sepatu Nike mahal yang di sarungkan ke kaki, maka perjalanan pun dimulakan. Si abang yang paling tua menetapkan pada GPS destinasi yang mahu dituju, iaitu Negeri Kacak. Jalan yang dilalui amat jauh dari peradaban sebarang makhluk. Walaupun begitu, si tiga beradik ini sangat riang sepanjang perjalanan. Gayanya, seolah-olah seperti mendapat berita bahawa mereka akan masuk syurga. Segala jenis lagu mereka nyanyi. Dari lagu Maher Zen-Insyaallah versi melayu hingga ke lagu Sex Pistols-God Save The Queen, semua mereka bedal!

    Akibat terlalu suka, tidak lah mereka sedar bahawa mereka telah tersesat. GPS yang di bawa pun tidak ada gunanya lagi jika tiada pengecas. Tambahan pula, mana nak cari sumber kuasa eletrik di tengah-tengah hutan begini. Semua jadi kucar-kacir. Makanan habis, air pun habis. Kasut Nike yang 'poyo' itu pun turut mengoyak, sambil melunturkan warnanya sendiri.

   Tiba-tiba, di kejauhan, si adik yang paling bongsu terlihat sesuatu yang elok-elok saja rupanya. Setelah diberitahu kepada si abang berdua, maka berlarilah mereka ke sana. Mana tahu kalau-kalau benda itu makanan, ada juga pengalas perut.

"Cis, ini tahi ni!"kata si Abang Ngah yang sampai dulu di tempat kejadian.

"Mana kau tahu tahi?mentang-mentang bentuk serupa tahi, jangan dituduh melulu!" sergah si Abang Long.

"Cuba kau pegang" cadang si Adik Bongsu.

"Lembik, macam tahi!" jerit si Abang Ngah sambil memegang benda misteri itu di tapak tangan.

"Hei, kalau pun lembik, tak semestinya tahi!" nafi si Abang Long.

"Cuba hidu, tengok busuk ke tak" cadang si Adik Bongsu sekali lagi.

"Busuk, macam tahi!" kali ni Abang Ngah tidak ragu-ragu lagi.

"Amboi, mentang-mentang la busuk, suka-suka aje kau kata benda itu tahi. Kau pun busuk juga!" Abang Long nampak gayanya betul-betul skeptis membela benda misteri itu.

"Ah,beginilah!"  Adik Bongsu sepertinya sudah bosan dengan sikap si abang-abang berdua. Cadangan terakhir dikemuka.

"Apa kata kalau kita cuba rasa sedikit seorang? Kalau sedap, maknanya makanan. Kalau tidak, tahi la jawapnya!"

   Kali ini keputusan harus muktamad.

   Benda misteri itu dicalit sedikit seorang, kemudian diletak ke lidah, gayanya seperti tukang-tukang masak yang mencuba resepi terbaru. Selang beberapa ketika, tiadalah lagi didengari sebarang persengketaan. Masing-masing sama riak mukanya. Si tiga beradik itu sudah ada kata sepakat. Jawapannya memang pasti. Tidak ada tapi-tapi lagi!

   Perjalanan yang sesat itu diteruskan. Kali ini, tiada lagi lagu-lagu berkumandang. Tiada lagi nyanyi-nyanyian meniru gaya suara Johnny Rotten atau Maher Zen.

Masing-masing senyap.
Masing-masing bengang.
Masing-masing menyumpah seranah di dalam hati. 

"Sudah la sesat, tak pasal-pasal termakan tahi!!"

Rabu, 20 Julai 2011

Gurindam Cinta Roy

Roy cuba-cuba untuk menjadi doktor cinta. Sebuah gurindam dia karang. Mana tahu ada nasib boleh buat bisnes.

*******************
"Hati-hati bila bercinta,
jangan nanti jiwa merana.

Hati-hati bila berkasih,
jangan nanti disapu bersih.

Hati-hati bila merindu,
jangan nanti jemu menunggu.

Hati-hati bila bersama,
jangan nanti ada si ketiga.

Hati-hati bila berputus,
jangan nanti mampus terus."

*******************

Keh keh keh!

P/s: "Ala,encik tak ada awek mana encik tahu!"

Isnin, 18 Julai 2011

The whole world a blur but you are standing.

Hopppolla

Brosandi
Hendumst í hringi
Höldumst í hendur
Allur heimurinn óskýr
nema þú stendur
Rennblautur
Allur rennvotur
Engin gúmmístígvél
Hlaupandi í okkur ?
Vill springa út úr skel
Vindur í
og útilykt ? af hárinu þínu
Ég lamdi eins fast og ég get
með nefinu mínu
Hoppa í poll
Í engum stígvélum
Allur rennvotur(rennblautur)
Í engum stígvélum
Og ég fæ blóðnasir
En ég stend alltaf upp
(Hopelandish)
Og ég fæ blóðnasir
En ég stend alltaf upp
(Hopelandish)

P/s: Kalau aku cakap aku boleh nyanyi lagu ni sampai habis orang percaya tak?

Kisah Roy Dan Biawak

Roy dari kecik lagi memang anti dengan biawak. Bukan Roy saja, adik-adik dia pun macam tu. Kalau nampak biawak, Roy akan lari lintang pukang, walaupun jelas biawak itu sudah lari dulu. Ini boleh dikira sebagai situasi menang-menang, atau mengikut kata mat-mat saleh, win win situation. Hakikatnya, mana-mana makhluk pun akan lari kalau nampak Roy. Muka tak jambu, rambut serabai, badan kurus macam mat pit. Hanya kawan-kawan yang betul-betul kenal Roy saja boleh tahan.

Sambil-sambil lari, Roy akan jerit "babis menatang biawak!" dengan muka serius, macam orang nak berakad nikah. Penggunaan "s" pada perkataan "babi" jelas menunjukkan benci Roy pada seekor biawak adalah melebihi bencinya kepada babi dalam jumlah yang banyak.

Pernah sekali, ketika sedang menghirup kopi di sebuah warung dekat pantai, tiba-tiba datang seekor biawak gergasi. Jantina biawak itu tidaklah diketahui. Entah jantan entah betina. Kalau manusia betina, mungkin boleh mengorat. Kalau biawak, siapa peduli?

"Babis menatang biawak!babis menatang biawak!", jerit roy sambil lari-lari pecut. Bukan main jauh lagi Roy lari. Sampai ke hujung horizon!

Pandangan orang-orang di kedai bukan lagi pada sang biawak seekor, tapi pada si Roy seorang. "Apahal mamat ni lari macam beruk?biawak je pun, bukannya FRU!", kata hati seorang pelanggan kedai. Pelik, bagaimana encik penulis boleh baca isi hati orang?. Itu cerita lain.

Selepas biawak diusir oleh orang-orang kedai, Roy datang semula. Muka pucat macam mayat. Lidah kelu, keras macam air batu. Segala topik-topik perbualan sebelum kejadian tadi Roy tidak ingat langsung. Topik yang baru dibuka, dia tidak peduli. Biasa kalau bercakap soal politik, Roy lah jaguh. Soal muzik, dialah juara. Ini tidak. Dia senyap seribu bahasa. Perasaan takut, gerun, dan bengang pada biawak harus dihayati betul-betul.

Tiba-tiba, Roy tersentak lagi. Kopi pekat di atas meja yang masih berbaki separuh hampir tumpah.

"Babis menatang biawak ni ada lagi!", teriak Roy yang sedang siap mahu buka langkah seribu.

Pandangan orang sekali lagi beralih kearah Roy. Kalau tadi mungkin boleh diterima akal. Mungkin orang faham Roy ada kenan biawak. Kali ini tidak. Titik.

Burung kecil itu terbang. Burung kecil itu merajuk dengan Roy. Comel-comel begini tapi disamakan dengan biawak, siapa tidak kecil hati?

"Babis menatang Roy!" jerit sang burung sambil berlalu entah kemana. Mungkin ke awan, mungkin ke warung lain yang menjanjikan pelanggan yang lebih normal. Lebih normal dari Roy.

P/s: Bagaimana encik penulis boleh faham bahasa burung?. Itu cerita lain.

Ahad, 17 Julai 2011

Have You Passed Through This Night?

This great evil - where's it come from?
How'd it steal into the world?
What seed, what root did it grow from?
Who's doing this?
Who's killing us, robbing us of life and light, mocking us with the sight of what we mighta known?
Does our ruin benefit the earth, does it help the grass to grow or the sun to shine?
Is this darkness in you, too?
Have you passed through this night?


Tutup mata. Dengar betul-betul.