Khamis, 13 Oktober 2011

Terima kasih

Di sini,
walaupun hodoh,
walaupun bodoh,
walaupun pemalas,
walaupun bangang.
terima kasih kerana sudi singgah.

Jaga diri.
Tolong hidup bahagia.

Rabu, 12 Oktober 2011

Biru Yang Paling Biru Adalah Hitam

Langit yang biru,
angkasa yang hitam.
Laut yang biru,
dasar laut yang hitam.

Mungkin betul,
biru yang paling biru adalah hitam.