Khamis, 3 November 2011

Projek Cuti Semester

Cari seorang gadis untuk digilai, kemudian cuba curi hatinya.
Kalau jadi, aku akan cinta kau saja sampai mati, ya?

Selasa, 1 November 2011

Biru

Kuiz pagi tadi Roy rasa macam celaka. Satu habuk pun dia tak dapat jawab. Padanlah, semalam mana dia belajar. Dia sibuk dengar lagu, baca blog-blog bodoh, dan tengok The Inbetweeners sampai pagi, tengok sampai episod kereta kuning Simon masuk dalam tasik sebab Jay dan Neil yang bodoh nak mampus.

Bila sampai rumah, Roy tolak pintu kuat-kuat, marah kononnya. Padahal, dia saja nak tunjuk eksyen dekat budak-budak rumah. Tapi bila pintu terbuka, rumah kosong. Sia-sia Roy berlakon ganas.

Roy masuk laju, sambil sebatang rokok sedia tercucuh di mulut. Sampai di ruang tamu, tiada orang. Yang ada hanya Suzy sedang bersandar di dinding. Wajahnya tidak berekspresi.

Roy jadi geram tengok Suzy. Nafsu yang tidak dilempias sejak seminggu lalu gara-gara esaimen yang bertimbun kini mencanak naik. Suzy bukanlah cantik mana pun. Kalau dibanding Suzy dengan kekasih-kekasih lama Roy- Aminah dan Melissa -, atau dengan Roxanne dalam cerita August Rush, jauhnya sama macam berjalan kaki dari Kuala Berang ke Los Angeles.

Roy tarik Suzy perlahan-lahan. Baju hitam yang Suzy pakai Roy tarik zipnya dari atas sampai ke bawah. Sekarang Suzy sudah bogel. Bentuk tubuh Suzy yang solid itu buat Roy jadi lagi ghairah. Sekarang,  giliran Roy pula untuk buka baju dan jeansnya yang lusuh. Yang tinggal hanya boxer.

Untuk tambah feel, dan untuk elak bunyi sumbang dia dan Suzy beraksi dari didengari jiran-jiran, Roy pasang lagu.

"Okay", katanya kepada Suzy dan atmosfera.

Sekarang, Suzy sudah lemas dalam dakapan Roy. Perlahan-lahan dia usap Suzy yang masih tidak berekspresi itu, dari atas ke bawah, dari depan ke belakang. Tempat-tempat yang sensitif Roy main, sambil Suzy merengek perlahan. Walaupun baru beberapa tahun Roy berjinak-jinak dalam gejala ini, lagak nya tak ubah seperti seorang pro. Habis gaya dia buat. Gaya baring, gaya pusing, gaya lambung, gaya cangkung semua dia cuba. Nafas Suzy yang awalnya stabil kini jadi semakin tak menentu. Bunyi intimasi mereka berkumandang kuat dalam rumah itu, sampai tenggelam bunyi lagu yang Roy pasang tadi.

Lagu habis. Klimax.

Roy berbaring puas. Dengan Suzy yang masih telanjang disisi, mereka memandang siling tanpa sepatah kata.

Petang nanti dia akan ganti tali gitar akustik buruk itu.

Isnin, 31 Oktober 2011

LSD

Dia sedih, jadi dia tulis di fesbuk. "Aku sedih", katanya. Kemudian dia log out lalu telan sebiji pil.

Selang beberapa minit, dia masuk kembali, dengan harapan ada yang akan tekan butang like. Tiada, jadi dia sendiri yang tekan. Dia log out untuk sebiji pil lagi.

Tiga jam berlalu, dia bosan dan masih sedih. Sekali lagi dia log in, dengan harapan ada yang akan komen "kenapa", atau "sabarlah", atau "tenang"
Tapi, warna notification nya tidak merah. Kosong. Kali ini, dia komen sendiri.
"='("

Di depan komputer ribanya itu, tanpa daftar keluar, dia telan sekaligus pil yang berbaki di dalam botol. Semuanya sekali, mungkin tujuh belas.

Sampah Nombor Empat

Suzy,
aku letak kau dalam posisi baring,
supaya kau tidur seperti aku.
Selimut kita kongsi.
Kali ini, biar hujan sejuk di luar yang mendodoi.
Tidurlah.
Esok ada lagu baru,
Esok kau dan aku membising lagi. 

Ahad, 30 Oktober 2011

Sampah Nombor Tiga

There there, Droppers by!

When I say I love rain,
doesn't mean that I love flood,
nor Hujan,
nor anything that it brings along.
It just the rain.
The combination of drops and lost control,
of gloom and purity,
smashing the tar and the rooftops,
hitting mirrors and bumpers.

And people of urgency,
when they splash the waterholes to the passers by,
I think I'll just laugh.

I'll laugh and wonder,
in crystal clears.