Isnin, 4 Julai 2011

selipar biru atau hijau?

Petang tadi aku ikut kawan pergi Sabasun beli barang.Dekat Sabasun ramai awek-awek comel.Aku bukan nak cakap pasal awek-awek comel.Aku nak cakap pasal seorang pak cik.

Balik dari sabasun,kami pergi masjid nak solat asar.Kat masjid tu aku pergi tandas.Situ ada tulis "SILA TANGGALKAN ALAS KAKI ANDA".Aku nampak ada dua pasang selipar,sepasang warna HIJAU,sepasang lagi warna BIRU.Selipar tu elok je tersusun jauh-jauh."bagus ajk masjid ni".Kata aku dalam hati.

Tiba-tiba datang seorang pak cik.Laju je berjalan."Mesti tak tahan nak berak ni".Aku cuba buat andaian rambang.Pak cik tu buka kasut cepat-cepat.Kemudian,dia berhenti.Pak cik tu nampak macam keliru.Buntu.Bingung.Dua pasang selipar tu dia tenung lama."Biar betul pak cik ni,selipar jamban pun nak memilih?kuat betul penangan politik malaysia ni!".aku monolog.

Dua pasang selipar biru dan hijau tu duduk jauh-jauh.Kemas.

Selepas beberapa saat bermuzakaroh dengan diri sendiri,dia bertindak.pak cik tu buat sesuatu di luar jangkaan.Aku,ahli-ahli falsafah,kutu-kutu rayau,polis,serta arkitek sekalipun pasti hairan.Hatta perdana menteri dan Yang dipertuan Agong aku yakin akan rasa janggal.Aku pasti itu.Absolutely!

Kaki kanan dia sarung HIJAU.
Kaki kiri dia sarung BIRU.

Pantas dia cergas semula,menunai hajat yang tertangguh.

"Pak cik ni orang atas pagar rupanya".No doubt!.


P/s:Entri ni tiada kaitan dengan pegangan politik,sikap tidak menghormati orang tua,berprasangka buruk,etc.

cita-cita-cita.

Semua orang ada cita-cita tak kira la siapa-siapa pun.

Budak sekolah nak jadi mat rempit.
Tukang hisap dadah nak jadi tukang jual dadah.
Orang miskin nak jadi kaya.
Orang kaya nak jadi lagi kaya.
Cikgu nak jadi pengetua.
Pengetua nak jadi wakil rakyat.
Timbalan perdana menteri nak jadi perdana menteri.
Hehe.

Kalau tanya aku,aku pun ada cita-cita.Tapi jawapan aku bergantung pada orang yang tanya.

Kalau mak tanya,aku cakap tak tahu.
Kalau ayah tanya,aku senyum tak cakap apa-apa.
Kalau kawan yang tak kool tanya,aku cakap nak jadi pensyarah.
Kalau kawan yang kool tanya,aku cakap nak jadi orang seni.
Kalau awek tanya(kalau ada la),aku cakap nak jadi suami mithali.Kah kah kah!

Okay,sini aku bukan nak cakap pasal apa aku nak jadi,atau apa korang patut jadi.Yang tu masing-masing punya hal.Peduli apa aku.Apa yang aku nak cakap,sebagai muslim,cita-cita tertinggi yang perlu kita ada adalah untuk mati syahid di jalan Allah.Baru betul.Baru hidup ada makna.tak kiralah nanti jadi pemuzik ke,tukang kebun ke,jadi cikgu ke.Jadi la apa pun yang baik,asalkan tak lupa tuhan.
Hidup ini perjalanan.Akhirat itu destinasi.




P/s:Dulu ayah aku suruh jadi ustaz.sekarang ni rasa macam ada bakat pulak.Kah kah kah!

Ahad, 3 Julai 2011

only in dreams

Sepanjang dua puluh tahun hidup,
Ada beribu lagu aku suka.
Ada beratus lagu buat aku huru hara.
Ada berpuluh lagu buat aku teringat.
Ada berbelas lagu buat aku bersemangat

Sepanjang dua puluh tahun hidup,
Lagu ini yang terbaik.
You can't resist her.
She's in your bones.
She is your marrow
And your ride home.

You can't avoid her.
She's in the air... in the air
In between molecules of
Oxygen and Carbon Dioxide.

Only in dreams
We see what it means.
Reach out our hands.
Hold onto hers.
But when we wake
It's all been erased.
And so it seems
Only in dreams.

You walk up to her.
Ask her to dance.
She says, "Hey, baby, I just might take the chance."
You say, "It's a good thing
That you float in the air... in the air.
That way there's no way I will crush your pretty toenails into a thousand pieces."


Only in dreams,
Blue album,
Weezer.