Sabtu, 16 Julai 2011

Tabik sama bangla dan indon.

Siapa cakap bangla dengan indon busuk?
Siapa cakap bangla dengan indon semak?
Siapa cakap bangla dengan indon jahat?
Siapa cakap bangla dengan indon laknat?

Try angkat pasir dua lori, angkat batu dua lori, angkat simen sepuluh beg, lepas tu gaul sebati-batinya.
Anda akan tabik sama bangla dan indon.


P/s-Manusia sama. Hati lain-lain.

Jumaat, 15 Julai 2011

nasihat kawan-kawan tentang cinta.

Hidup atas dunia ni,seseorang di kira bertuah kalau ada kawan yang bagus, bernas, mengambil berat, prihatin, kacak, etc. Aku rasa aku salah seorang. Kawan-kawan aku sangat supportive dalam apa yang aku buat. Kalau aku mintak pendapat, macam-macam idea akan keluar.

Dialog kat bawah adalah contoh. Ini baru sikit.

*Aku memegang watak sebagai Roy.
Watak-watak lain adalah adaptasi orang sebenar.


Roy: Aku ingat aku nak cari awek la sorang. Okay tak?.

Apih Karim: Susah awek-awek ni. Nanti kalau dah ada awek, nak mengorat orang jiwa rasa tak kena. Nak order makan dengan awek kfc pun rasa serba salah. Tapi kalau nak jugak,cari yang hot.

Shimi: Awek-awek tak penting, Yang penting kawan-kawan. (Mata ke lain, sambil tangan menaip mesej kat awek dia yang duduk ipoh).

Carlos: Lu langsi lu mati! (Dia jenis mudah terpengaruh dengan cerita gengster melayu bangang).

Azlan: Rambut kerat botak macam aku dulu, baru awek pandang.

Meing: Ah. Ok. ( Sambil main fesbuk dekat telepon)

Badrul: Jenis sampah ada hati nak ada awek!. Kah kah kah!. (Sambil batuk macam nak muntah. Dia kata memang dari kecik batuk macam tu. Ingat orang percaya!. Heh)

Dilah: Nak awek berapa orang?aku boleh tolong cari. Nanti kita pergi Golok.

Malik: Awek aku dapat masuk Unisza. Nanti tolong tengok tengokkan. Mana tahu kot-kot ada orang usha belakang aku.

Pesa: Cari awek anak datok, senang tak payah kerja!.




P/s: Lelaki baik untuk perempuan baik. Lelaki punk untuk perempuan punk!

Khamis, 14 Julai 2011

teka teki teko

Kalau hidup untuk makan,nanti kenyang nak buat apa?
Kalau hidup untuk tidur,nanti bangun nak buat apa?
Kalau hidup untuk main,nanti letih nak buat apa?

Kalau hidup untuk suka,nanti sedih nak buat apa?
Kalau hidup untuk jalan,nanti berhenti nak buat apa?
Kalau hidup untuk naik,nanti turun nak buat apa?

Kalau hidup untuk belajar,nanti pandai nak buat apa?
Kalau hidup untuk kerja,nanti menganggur nak buat apa?
Kalau hidup untuk duit,nanti kaya nak buat apa?

Kalau hidup untuk kawan,nanti lawan nak buat apa?
Kalau hidup untuk kahwin,nanti cerai nak buat apa?
Kalau hidup untuk keluarga,nanti sorang-sorang nak buat apa?

Kalau hidup untuk dunia, nanti mati nak buat apa?
Kalau hidup sampai bila-bila,nanti bosan nak buat apa?


p/s-petang-petang kalau kepala lalok macam ni la jadinya.

Tentang Shimi.

Walaupun beribubapakan orang,shimi@Mohd Nurhashimi Bin Manana adalah makhluk halus jenis kacak.Dalam dunia ada dua ekor saja macam dia.Sorang sudah mati masa perang dunia kedua.Makhluk jenis shimi ini susah dicari.Rare kata orang.Banyak perkara yang membuatkan dia unik,antaranya:

-tak makan sayur,tapi makan timun.
-kurus tapi bertenaga
-suka clorex.kalau tengok dalam beg dia ada 2-3 kotak.
-handal menangani orang-orang yang dirasuk jin.
-suka berlawak secara educated.apih karim pun kalah kadang-kadang.
-kool.
-romantik+bangang=romangang.
-suka tanya soalan pelik-pelik.contoh,"berapa gaji kerja sehari?tak sekolah ke?",tanya shimi kepada awek ambik order dekat ebby's char koey teow.
-kalau order makanan,dia akan cakap tak nak sayur.kalau ada jugak dia akan jadi marah.
-kalau dia cakap rahsia,sampai mati pun orang takkan tahu.
-walaupun pendapat dia bangang,tapi banyak yang boleh pakai.
-pemurah.dia selalu belanja aku sebab aku selalu takde duit.
-banyak lagu joy division,the smiths aku ambik dari dia.
-suka translate lagu-lagu mainstream ke dialek kelantan.contoh,lagu aizat-sungai lui akan jadi begini:"pejamkey,mato demo untuk kawe,dengarlah dunio berkato-kato,usoh demo ragu,di sini tepak demo,walau beruboh,di mato kito,tetak indoh,selagi demo maseh percayooo~"
-suka lagu sengat ikan keli nyanyian adek wani."aduh aduh aduh aduh be,sakit sengotiii~~"
-kalau bersms dengan dia,seeloknya guna bahasa kelantan.contoh,"adow manow?tobsey tubeb kow?"
-dulu masa sekolah takde awek,kool katanya.
-keluar sekolah je terus ada awek.kejutan budaya la tu.
-kalau berjalan dengan dia hati rasa tenang.tak perlu pikir masa depan.sekarang sudah cukup indah.
-dia sangat baik.bertuah aku kenal dia.
-kool.




 Ini gambar dia pose dekat air terjun dari belakang.Kalau letak gambar dari depan takut nanti awek dia marah.


p/s-Entri ni mungkin menaikkan saham shimi,atau mungkin juga menjatuhkan.Aku tahu dia tak kesah.

Rabu, 13 Julai 2011

Pengalaman Pergi BERSIH 2.0.

Aku nak cerita pengalaman pergi BERSIH 2.0 minggu lepas dengan shimi,pesa,badrul,awiz,apih karim,tapi rasa malas nak buat macam karangan.
Jadi aku buat macam ni.
Kool sikit.=)
Mula!

-kereta rosak.
-berjalan dengan orang gila.
-lari dari orang gila.
-check in hotel dekat masjid india.
-tidur.
-bangun pagi,solat subuh,mandi.
-tengok luar tingkap nampak polis ramai kat bawah.
-check out.
-pergi makan.orang ramai nak mampus kat kedai.sape cakap peniaga rugi memang bangang.
-lepas makan isap rokok.
-lepak dengan sorang pak cik dari sarawak.dia bekas polis,sekarang jadi bisnessman.dia cakap polis sekarang bangang.
-awal lagi.jalan-jalan.
-jumpa pipiyapong.kah kah kah.
-pergi sogo.orang ramai.polis pun ramai.
-dekat sogo jumpa pok@aizuddin.
-nampak 2 3 orang kene tahan sebab pakai jersi malaysia.
-beli belon tweety bird kaler kuning.lepak tepi jalan.
-nampak orang berkumpul.join sekali.
-nampak satu mamat punk ni pakai baju AFI.kool.
-polis tembak bom asap.shimi ngan pesa hilang!
-cari garam.power jugak bom asap ni!.
-shimi tepon.pesa kena tangkap!.
-join orang gerak ramai-ramai.ada satu mak cik tudung labuh bising suruh jalan cepat sikit.
anak dara dia boleh tahan.
-langit mendung.
-sampai dekat stadium negara,orang ramai nak mampus!melayu,cina,india,mat saleh,negro semua ada.
-hujan lebat.
-nampak ustaz zamri "mari mengaji" tengah orang ramai.
-patah balik.stadium tak boleh masuk.
-nampak tv3 buat liputan.orang jerit "Penipu!penipu!".padan muka.kah kah kah.
-jalan nak pergi kl sentral,orang makin ramai.ramai sampai tak habis tengok.
-berhenti dekat 7E beli air,rokok.dalam 7E orang ramai macam ada jualan penghabisan stok.
-jalan lagi sambil main perang bom asap dengan polis.
-nampak awek ramai usha aku.aku buat tak tahu je.=)
-berhenti kat bawah lrt.
-situ ada pejabat polis.polis kena sound.takde pulak orang baling batu ke,molotov cocktail ke.
-ada satu pak cik cina bagi ucapan.orang tepuk tangan.
-orang gerak pergi kl sentral.
-sampai kl sentral pergi solat.
-lepas solat isap rokok,rehat.
-makan dekat food court.polis ada makan sekali.
-lepas makan lepak luar kl sentral.tunggu polis lepas Pesa.
-sembang-sembang dengan orang-orang yang kena tangkap.
-Pesa datang.siap bawak gari.kenangan katanya.
-balik naik train.
-solat.tidur.


p/s-banyak lagi nak tulis,tapi malas.