Khamis, 1 Disember 2011

Cerita Sebenar Kenapa Kapel Itu Haram

Pada suatu hari Roy pergi ke kedai haiwan peliharaan dan membeli seekor babi untuk dibela. Babi itu sangat comel dan anak-anak Roy memanggil babi itu dengan nama Kapel. Kapel sangat manja dan jarang berak merata. Jadi mereka sekeluarga sangat sayang kepadanya.

Suatu hari Ustaz Malik datang untuk melawat. Dia terkejut beruk apabila melihat anak-anak Roy sedang asyik bermain "hide and seek" dengan babi itu. Dia lantas memberitahu Roy bahawa binatang itu tidak wajar dijadikan teman hidup kerana ianya haram disisi agama.

Bermula dari saat itu tahulah Roy sekeluarga bahawa Kapel itu haram. Dengan perasaan yang sangat sedih, Roy dan anak-anaknya melepaskan babi itu pergi.