Isnin, 18 Julai 2011

Kisah Roy Dan Biawak

Roy dari kecik lagi memang anti dengan biawak. Bukan Roy saja, adik-adik dia pun macam tu. Kalau nampak biawak, Roy akan lari lintang pukang, walaupun jelas biawak itu sudah lari dulu. Ini boleh dikira sebagai situasi menang-menang, atau mengikut kata mat-mat saleh, win win situation. Hakikatnya, mana-mana makhluk pun akan lari kalau nampak Roy. Muka tak jambu, rambut serabai, badan kurus macam mat pit. Hanya kawan-kawan yang betul-betul kenal Roy saja boleh tahan.

Sambil-sambil lari, Roy akan jerit "babis menatang biawak!" dengan muka serius, macam orang nak berakad nikah. Penggunaan "s" pada perkataan "babi" jelas menunjukkan benci Roy pada seekor biawak adalah melebihi bencinya kepada babi dalam jumlah yang banyak.

Pernah sekali, ketika sedang menghirup kopi di sebuah warung dekat pantai, tiba-tiba datang seekor biawak gergasi. Jantina biawak itu tidaklah diketahui. Entah jantan entah betina. Kalau manusia betina, mungkin boleh mengorat. Kalau biawak, siapa peduli?

"Babis menatang biawak!babis menatang biawak!", jerit roy sambil lari-lari pecut. Bukan main jauh lagi Roy lari. Sampai ke hujung horizon!

Pandangan orang-orang di kedai bukan lagi pada sang biawak seekor, tapi pada si Roy seorang. "Apahal mamat ni lari macam beruk?biawak je pun, bukannya FRU!", kata hati seorang pelanggan kedai. Pelik, bagaimana encik penulis boleh baca isi hati orang?. Itu cerita lain.

Selepas biawak diusir oleh orang-orang kedai, Roy datang semula. Muka pucat macam mayat. Lidah kelu, keras macam air batu. Segala topik-topik perbualan sebelum kejadian tadi Roy tidak ingat langsung. Topik yang baru dibuka, dia tidak peduli. Biasa kalau bercakap soal politik, Roy lah jaguh. Soal muzik, dialah juara. Ini tidak. Dia senyap seribu bahasa. Perasaan takut, gerun, dan bengang pada biawak harus dihayati betul-betul.

Tiba-tiba, Roy tersentak lagi. Kopi pekat di atas meja yang masih berbaki separuh hampir tumpah.

"Babis menatang biawak ni ada lagi!", teriak Roy yang sedang siap mahu buka langkah seribu.

Pandangan orang sekali lagi beralih kearah Roy. Kalau tadi mungkin boleh diterima akal. Mungkin orang faham Roy ada kenan biawak. Kali ini tidak. Titik.

Burung kecil itu terbang. Burung kecil itu merajuk dengan Roy. Comel-comel begini tapi disamakan dengan biawak, siapa tidak kecil hati?

"Babis menatang Roy!" jerit sang burung sambil berlalu entah kemana. Mungkin ke awan, mungkin ke warung lain yang menjanjikan pelanggan yang lebih normal. Lebih normal dari Roy.

P/s: Bagaimana encik penulis boleh faham bahasa burung?. Itu cerita lain.

4 ulasan: