Jumaat, 15 Julai 2011

nasihat kawan-kawan tentang cinta.

Hidup atas dunia ni,seseorang di kira bertuah kalau ada kawan yang bagus, bernas, mengambil berat, prihatin, kacak, etc. Aku rasa aku salah seorang. Kawan-kawan aku sangat supportive dalam apa yang aku buat. Kalau aku mintak pendapat, macam-macam idea akan keluar.

Dialog kat bawah adalah contoh. Ini baru sikit.

*Aku memegang watak sebagai Roy.
Watak-watak lain adalah adaptasi orang sebenar.


Roy: Aku ingat aku nak cari awek la sorang. Okay tak?.

Apih Karim: Susah awek-awek ni. Nanti kalau dah ada awek, nak mengorat orang jiwa rasa tak kena. Nak order makan dengan awek kfc pun rasa serba salah. Tapi kalau nak jugak,cari yang hot.

Shimi: Awek-awek tak penting, Yang penting kawan-kawan. (Mata ke lain, sambil tangan menaip mesej kat awek dia yang duduk ipoh).

Carlos: Lu langsi lu mati! (Dia jenis mudah terpengaruh dengan cerita gengster melayu bangang).

Azlan: Rambut kerat botak macam aku dulu, baru awek pandang.

Meing: Ah. Ok. ( Sambil main fesbuk dekat telepon)

Badrul: Jenis sampah ada hati nak ada awek!. Kah kah kah!. (Sambil batuk macam nak muntah. Dia kata memang dari kecik batuk macam tu. Ingat orang percaya!. Heh)

Dilah: Nak awek berapa orang?aku boleh tolong cari. Nanti kita pergi Golok.

Malik: Awek aku dapat masuk Unisza. Nanti tolong tengok tengokkan. Mana tahu kot-kot ada orang usha belakang aku.

Pesa: Cari awek anak datok, senang tak payah kerja!.




P/s: Lelaki baik untuk perempuan baik. Lelaki punk untuk perempuan punk!

4 ulasan:

  1. da takdeeee capthcahnjnf haram tuuuuu!!

    BalasPadam
  2. ini cibai punya statement. bila masa aku berkata sedimikian.ayat aku macam ni :

    sake, cari awek, kite kena ada tanggungjawab. saling melengkapi. kita punk, awek kite mesti skinhead ataupun grunge.

    melukut di tepi jamban betul nenekmu.

    BalasPadam