Ahad, 25 Disember 2011

Heretics

Kau tahu, mula-mula dulu, aku tak rasa apa-apa. Masa kau senyum, dan aku balas senyum kau dengan senyum aku yang bodoh- aku tak rasa apa-apa. Kau bagi aku lagu (aku tahu bukan kau pun yang tulis, cuma kau burn dan letak dalam cd lagu-lagu yang kau rasa sweet) tapi aku tak pernah dengar, sebab kau pun tahu taste aku, kau tahu aku skeptikal pada lagu-lagu macam tu. Tapi kau tak boleh nak salahkan aku seratus per seratus! Kau ada masa kawan-kawan aku bagitahu tentang freemason; macam mana muzik-muzik yang landasannya hiburan dan duit buat aku jelik. Tapi kau ketawa. Kau kata kami hanya sembang kedai kopi. Kau kata kami paranoid pada Yahudi. Kau kata kami kena keluar dari bandar kecil ini, keluar dan pergi lihat dunia. Jadi bila kami pergi, bila kami perlahan-lahan hilang dari kau, kau sibuk tulis status yang kau sunyi. Nah, rasakan perempuan! Sikit-sikit nak bunuh diri, sikit-sikit nak bunuh diri!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan