Isnin, 4 Julai 2011

selipar biru atau hijau?

Petang tadi aku ikut kawan pergi Sabasun beli barang.Dekat Sabasun ramai awek-awek comel.Aku bukan nak cakap pasal awek-awek comel.Aku nak cakap pasal seorang pak cik.

Balik dari sabasun,kami pergi masjid nak solat asar.Kat masjid tu aku pergi tandas.Situ ada tulis "SILA TANGGALKAN ALAS KAKI ANDA".Aku nampak ada dua pasang selipar,sepasang warna HIJAU,sepasang lagi warna BIRU.Selipar tu elok je tersusun jauh-jauh."bagus ajk masjid ni".Kata aku dalam hati.

Tiba-tiba datang seorang pak cik.Laju je berjalan."Mesti tak tahan nak berak ni".Aku cuba buat andaian rambang.Pak cik tu buka kasut cepat-cepat.Kemudian,dia berhenti.Pak cik tu nampak macam keliru.Buntu.Bingung.Dua pasang selipar tu dia tenung lama."Biar betul pak cik ni,selipar jamban pun nak memilih?kuat betul penangan politik malaysia ni!".aku monolog.

Dua pasang selipar biru dan hijau tu duduk jauh-jauh.Kemas.

Selepas beberapa saat bermuzakaroh dengan diri sendiri,dia bertindak.pak cik tu buat sesuatu di luar jangkaan.Aku,ahli-ahli falsafah,kutu-kutu rayau,polis,serta arkitek sekalipun pasti hairan.Hatta perdana menteri dan Yang dipertuan Agong aku yakin akan rasa janggal.Aku pasti itu.Absolutely!

Kaki kanan dia sarung HIJAU.
Kaki kiri dia sarung BIRU.

Pantas dia cergas semula,menunai hajat yang tertangguh.

"Pak cik ni orang atas pagar rupanya".No doubt!.


P/s:Entri ni tiada kaitan dengan pegangan politik,sikap tidak menghormati orang tua,berprasangka buruk,etc.

1 ulasan:

  1. dah xupdate kah..ble nk update..^^

    BalasPadam