Jumaat, 20 Januari 2012

Beg Plastik Berwarna Jingga Untuk Hati-hati Yang Patah

Cerita bunuh-membunuh memang tidak kena dengan selera saya. Tembak sana tembak sini, last-last hero jugak yang menang.

Tapi cerita bunuh-membunuh yang saya tengok tadi, mungkin buat saya jadi sayu.

Kenapa?

Begini.

Waktu cerita tinggal lima minit lagi sebelum habis, dan tuhan saja yang tahu betapa bosannya saya dengan jalan cerita yang cukup klise, tiba-tiba telefon saya berdering.

Ada nombor yang tidak dikenali masuk, nombor sembilan angka.

Saya angkat.

"Hello?..." Suara seorang gadis dihujung talian.

"Ya?" Saya jawab.

"Ni Safuan ke?" Tanya si gadis.

"Eh tak. Ni Roy" Kata saya.

"Emm sorryyy. Wrong number"

Tut tut tut...

Gagang telefon diletak.

Ada sedikit rasa hampa pada bait terakhirnya.

Saya resah.

Andaikan begini: dia sedang sesat di Kuala Lumpur, tanpa teman dan wang, dan syiling terakhir yang mahu digunakan untuk menelefon Safuan- kekasih hati yang kononnya bekerja di sebuah kilang elektronik di ibu kota, padahal dia sebenarnya bapak ayam - tersalah digunakan untuk menelefon saya.


Oh tuhan, lindungilah dia.

2 ulasan: