Isnin, 6 Februari 2012

Menentang Basikal Fixi Dan Kamera DSLR Episod 2

sambungan dari episod 1

                                                                 ###                                                                                                                                         


Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, Malaysia, Planet Bumi

Pintu bilik dikuak perlahan.

“Selamat pagi tuan!” kata Latip sambil membuat gaya tabik hormat dengan handle nya.

Basikal fixi hitam yang berada di tepi tingkap itu sekadar membisu.

“Macam mana keadaannya sekarang?” tanya basikal fixi hitam.

“Keadaannya baik sahaja tuan. Nampaknya manusia sudah tidak mampu lagi melawan kemaraan tentera-tentera kita. Semua tempat di Malaysia ini sudah berada di bawah taklukan kita, cuma…”

Latip berhenti menjelas, bimbang untuk menyambung ayat yang tergantung itu.

Basikal fixi hitam mula berpaling dan memandang latip. Di badannya tertera lencana-lencana yang melambangkan bahawa dia adalah seorang yang berpangkat tinggi, seorang jeneral. Kalau mengikut tag nama yang terpapar, dia adalah Jeneral Ruzak Dinamik, ketua turus angkatan perang Planet Basikal Fixi Dan Kamera DSLR.

“Cuma apa?!” sergah Jeneral Ruzak Dinamik.

“Ada satu tempat lagi yang belum kita kuasai tuan, Kuala Terengganu. Mengikut maklumat yang diberikan oleh perisik kita disana, di kuala Terengganu ada satu kumpulan pemberontak yang sangat power dan hardcore iaitu kumpulan Kami Benci Basikal Fixi atau singkatannya KBBF. Mereka kini bergabung dengan kumpulan Awek-awek Anti DSLR, AAAD. Kumpulan-kumpulan ini ditubuhkan di fesbuk” terang Latip si basikal fixi berwarna kuning panjang lebar.

Jeneral Ruzak Dinamik diam. Sebatang rokok Surya dicucuh di sumbu tayar hadapan yang fungsinya sama seperti bibir mulut manusia. Asap yang dihembus dari celahan tayar mulai memenuhi ruang pejabat yang dulunya milik presiden Malaysia, Najibson Rodriquez Goo Hara.

“Babi! Takkan dengan manusia pun tak boleh lawan kot?” bentak Jeneral Ruzak Dinamik.

“Bukan macam tu tuan. Dengar cerita, ahli-ahli KBBF dan AAAD ni ada power masing-masing, kira macam superhero gitu. Tu yang susah sikit tu tuan” jawab Latip terketar-ketar.

“Peduli apa aku! Tak kiralah power macam mana pun, yang penting aku nak diorang dihapuskan! Bagitahu dekat skuad kamikaze DSLR supaya meningkatkan serangan udara. Kasi bom semua, jangan ada yang tinggal!” arah Jeneral Ruzak Dinamik tegas.

“Baiklah tuan” jawab Latip patuh.

“Lagi satu, jangan tunjuk kelemahan kita! Kalau diorang tahu, mampus kita!” kata Jeneral Ruzak Dinamik serius.

“Baik tuan” jawab Latip lagi.

Latip keluar dari bilik itu cepat-cepat, meninggalkan Jeneral Ruzak Dinamik dengan rokok yang masih berbaki separuh.

###

Markas KBBF, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.

Suasana di markas KBBF tenang. Azlan Zaf kelihatannya sedang menelaah satu lembaran peta yang sudah kusam. Diperhatikannya peta itu betul-betul tanpa sedikit pun kelip di matanya. Serius. Sekali-sekala dia hirup kopi pekat dari cangkir yang diletakkan di tepi peta.

Satu susuk tubuh kurus, kecil, dan pendek datang menghampiri dari jauh. Azlan Zaf mengerling sipi. Abdillah Mohammad..., getus hatinya.

“Macam mana Lah?” Tanya Azlan Zaf kepada Abdillah Mohammad.

“Beres je Lan. Carlos tengah jaga pintu masuk ke Kuala Terengganu. Jangan bimbang” kata Abdillah Mohammad.

“Pasal laluan darat tu aku tak bimbang sangat. Aku tahu si Carlos tu kalau datang sejuta musuh pun dia mampu lawan sorang-sorang. Laluan udara macam mana?” Tanya Azlan Zaf serius.

“Pesa Kamal dengan Ripang Musa tengah berkawal dekat atas bumbung hospital besar. Dari atas tu boleh nampak kalau ada askar kamera DSLR datang menyerang dari langit. Aku dah kabor ke diorang supaya roger kalau ada apa-apa” jawab Abdillah Mohammad yakin.

“Bagus. Sekarang ni kita kena bertahan dulu. Kau tahu kan kita kena tunggu Roy dan Hashimi Manan pulang? Tanpa mereka kita tak boleh menang lawan makhluk asing ni. Antara kita, kuasa mereka paling power Lah, terutamanya Roy.” Kata Azlan Zaf.

“Ya aku tahu Lan. Aku harap mereka cepat pulang. Kita dah tak ada masa ni” balas Abdillah Mohammad.

“Kau tahu Lah, sekarang ni cuma tinggal Kuala Terengganu saja yang belum ditawan musuh. Tempat-tempat lain semua dah kena. Shah Alam, Ipoh, Johor Bharu, Alor Setar, semua dah kena tawan Lah! ” kata Azlan Zaf dengan nada yang agak tinggi, sedikit beremosi.

Wajah Hayati Hussien tiba-tiba menerjah minda Azlan Zaf. Gadis yang dia kenal dua tahun lepas ketika konvensyen Anti Budaya Berbasikal Kehulu Kehilir Tengah-tengah Malam itu tinggal di Alor Setar, tempat yang kini sudah berada di bawah taklukan makhluk asing dari Planet Basikal Fixi Dan Kamera DSLR. Perasaan bimbang, sedih, dan sayu mula menerobos masuk menyentak rakus jantung Azlan Zaf. Tanpa dia sedari, air mata jantan mula tumpah dari kelopak matanya.

Sabor Lan. Aku pun macam tu jugak. Macam manalah nasib Mira, Ain, Huda, Lisa, dan Nasuha sekarang…” kata Abdillah Mohammad sambil menyebut nama aweknya satu persatu.

Azlan Zaf membisu. Mindanya masih merenung potret Hayati Hussien yang terpampang jelas benak fikiran.
Semoga kau baik-baik sahaja sayang.

bersambung...



3 ulasan:

  1. wtf..
    "Antara kita, kuasa mereka paling power Lah, terutamanya Roy."
    roy... babi hape... ahahhaha
    semak kir....
    sambung derah....

    BalasPadam
  2. Roy.. roy.. sumbak..
    mne smbungan sterusnyaaa!! hahaha.. mnarik!

    BalasPadam