Rabu, 13 Julai 2011

Pengalaman Pergi BERSIH 2.0.

Aku nak cerita pengalaman pergi BERSIH 2.0 minggu lepas dengan shimi,pesa,badrul,awiz,apih karim,tapi rasa malas nak buat macam karangan.
Jadi aku buat macam ni.
Kool sikit.=)
Mula!

-kereta rosak.
-berjalan dengan orang gila.
-lari dari orang gila.
-check in hotel dekat masjid india.
-tidur.
-bangun pagi,solat subuh,mandi.
-tengok luar tingkap nampak polis ramai kat bawah.
-check out.
-pergi makan.orang ramai nak mampus kat kedai.sape cakap peniaga rugi memang bangang.
-lepas makan isap rokok.
-lepak dengan sorang pak cik dari sarawak.dia bekas polis,sekarang jadi bisnessman.dia cakap polis sekarang bangang.
-awal lagi.jalan-jalan.
-jumpa pipiyapong.kah kah kah.
-pergi sogo.orang ramai.polis pun ramai.
-dekat sogo jumpa pok@aizuddin.
-nampak 2 3 orang kene tahan sebab pakai jersi malaysia.
-beli belon tweety bird kaler kuning.lepak tepi jalan.
-nampak orang berkumpul.join sekali.
-nampak satu mamat punk ni pakai baju AFI.kool.
-polis tembak bom asap.shimi ngan pesa hilang!
-cari garam.power jugak bom asap ni!.
-shimi tepon.pesa kena tangkap!.
-join orang gerak ramai-ramai.ada satu mak cik tudung labuh bising suruh jalan cepat sikit.
anak dara dia boleh tahan.
-langit mendung.
-sampai dekat stadium negara,orang ramai nak mampus!melayu,cina,india,mat saleh,negro semua ada.
-hujan lebat.
-nampak ustaz zamri "mari mengaji" tengah orang ramai.
-patah balik.stadium tak boleh masuk.
-nampak tv3 buat liputan.orang jerit "Penipu!penipu!".padan muka.kah kah kah.
-jalan nak pergi kl sentral,orang makin ramai.ramai sampai tak habis tengok.
-berhenti dekat 7E beli air,rokok.dalam 7E orang ramai macam ada jualan penghabisan stok.
-jalan lagi sambil main perang bom asap dengan polis.
-nampak awek ramai usha aku.aku buat tak tahu je.=)
-berhenti kat bawah lrt.
-situ ada pejabat polis.polis kena sound.takde pulak orang baling batu ke,molotov cocktail ke.
-ada satu pak cik cina bagi ucapan.orang tepuk tangan.
-orang gerak pergi kl sentral.
-sampai kl sentral pergi solat.
-lepas solat isap rokok,rehat.
-makan dekat food court.polis ada makan sekali.
-lepas makan lepak luar kl sentral.tunggu polis lepas Pesa.
-sembang-sembang dengan orang-orang yang kena tangkap.
-Pesa datang.siap bawak gari.kenangan katanya.
-balik naik train.
-solat.tidur.


p/s-banyak lagi nak tulis,tapi malas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan