Khamis, 14 Julai 2011

Tentang Shimi.

Walaupun beribubapakan orang,shimi@Mohd Nurhashimi Bin Manana adalah makhluk halus jenis kacak.Dalam dunia ada dua ekor saja macam dia.Sorang sudah mati masa perang dunia kedua.Makhluk jenis shimi ini susah dicari.Rare kata orang.Banyak perkara yang membuatkan dia unik,antaranya:

-tak makan sayur,tapi makan timun.
-kurus tapi bertenaga
-suka clorex.kalau tengok dalam beg dia ada 2-3 kotak.
-handal menangani orang-orang yang dirasuk jin.
-suka berlawak secara educated.apih karim pun kalah kadang-kadang.
-kool.
-romantik+bangang=romangang.
-suka tanya soalan pelik-pelik.contoh,"berapa gaji kerja sehari?tak sekolah ke?",tanya shimi kepada awek ambik order dekat ebby's char koey teow.
-kalau order makanan,dia akan cakap tak nak sayur.kalau ada jugak dia akan jadi marah.
-kalau dia cakap rahsia,sampai mati pun orang takkan tahu.
-walaupun pendapat dia bangang,tapi banyak yang boleh pakai.
-pemurah.dia selalu belanja aku sebab aku selalu takde duit.
-banyak lagu joy division,the smiths aku ambik dari dia.
-suka translate lagu-lagu mainstream ke dialek kelantan.contoh,lagu aizat-sungai lui akan jadi begini:"pejamkey,mato demo untuk kawe,dengarlah dunio berkato-kato,usoh demo ragu,di sini tepak demo,walau beruboh,di mato kito,tetak indoh,selagi demo maseh percayooo~"
-suka lagu sengat ikan keli nyanyian adek wani."aduh aduh aduh aduh be,sakit sengotiii~~"
-kalau bersms dengan dia,seeloknya guna bahasa kelantan.contoh,"adow manow?tobsey tubeb kow?"
-dulu masa sekolah takde awek,kool katanya.
-keluar sekolah je terus ada awek.kejutan budaya la tu.
-kalau berjalan dengan dia hati rasa tenang.tak perlu pikir masa depan.sekarang sudah cukup indah.
-dia sangat baik.bertuah aku kenal dia.
-kool.




 Ini gambar dia pose dekat air terjun dari belakang.Kalau letak gambar dari depan takut nanti awek dia marah.


p/s-Entri ni mungkin menaikkan saham shimi,atau mungkin juga menjatuhkan.Aku tahu dia tak kesah.

6 ulasan:

  1. blog ni ade 1 tarikan yg org lain takde. tp tak reti nk ckp mcm mne. no wonder lah sy dah bce semua post kt blog ni ;)

    BalasPadam
  2. cik yusra,awak jangan cakap macam tu.saya malu.:P

    BalasPadam
  3. sake bakal jadi femes tak lama lagi. kehkehkeh :P

    BalasPadam
  4. sedap la entry ni. saya suka baca. emm la la

    BalasPadam