Khamis, 11 Ogos 2011

Genre-genre Teraweh

   Alhamdulillah, dah masuk hari ke sepuluh kita puasa. Tahun ni aku masih cukup lagi. Tak tahu la kalau ada orang yang tak uzur dah ponteng. Itu namanya bangang. Kalau ada yang jenis macam tu sila remove aku dari senarai friend korang. Bukan apa, aku ni jenis mudah terpengaruh.

   Sebenarnya, entri kali ni aku tulis sebab aku ada buat pemerhatian sikit masa solat teraweh dekat masjid. Mungkin sebab kadang-kadang tok imam baca panjang sangat kot, jadi kyusuk masa sembahyang tu hilang. Aku jumpa banyak jenis imam. Jadi, aku cuba buat satu kajian. Memang benda ni nampak mengarut, tapi bagi aku yang jiwanya susah nak lari daripada muzik, aku cuba buat supaya benda ni nampak masuk akal.

   Dekat bawah ni ada satu nota ringkas tentang jenis-jenis bacaan tok imam masa solat teraweh, kalau mengikut kepala otak aku la.

Balada: Baca dengan tempo lambat, beralun-alun dan sedap. Biasa kalau buat dua puluh paling kurang pukul sebelas baru habis.
Rock: Nadanya agak keras dengan suara serak-serak basah. Tempo agak laju. Ini kiranya peringkat pertengahan. Pukul sepuluh dah boleh moreh.
Punk: Suara biasa-biasa saja, tapi macam ada semangat dalam bacaan. Tempo laju sikit daripada rock. Jenis ni paling cepat habis.
Emo: Baca dengan penuh perasaan. Kadang-kadang sampai menangis. Kadang-kadang laju kadang-kadang perlahan.  Ikut atas mood tok imam.

   Yang jenis-jenis lain aku tak jumpa lagi. Kalau jumpa aku update.

   Selamat berteraweh!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan