Isnin, 16 Januari 2012

Mengejut Hasan ke Sekolah

Pagi ini Umi dan Abah saya pergi bekerja awal sikit, jadi tugas mengejutkan adik saya yang tingkatan x(saya tidak pasti dia tingkatan dua atau tiga sebenarnya, jadi saya kira sebagai "x" saja) diserahkan kepada saya.

"Hasan, Hasan, bangun sembahyang subuh" saya kejut. Saya sengaja guna ayat "bangun subuh" daripada "bangun pergi sekolah" supaya saya dilihat sebagai abang yang islamik sikit. Jadi Hasan pun bangun, ambil air sembahyang, lalu solat subuh.

Selesai solat, dia masuk ke bilik, kunci pintu, lalu sambung tidur.

Sekali lagi saya kejut. Kali ini saya guna ayat "bangun pergi sekolah" pula. Dari dalam bilik, Hasan bagitahu saya bahawa hari ini dia malas ke sekolah. Tapi saya tidak mudah mengalah. Hampir lima minit juga saya memanggil "Hasan, Hasan" dari luar bilik. Sebagai budak yang kental, Hasan tidak mengalah. Tiada respon yang diberi.

Mulanya saya agak kecewa dengan Hasan. Sebagai abang, saya rasa bersalah kerana gagal menunaikan tanggungjawab yang diberikan oleh Abah dan Umi.

Kemudian saya terfikir, dulu masa di sekolah, saya dikira sebagai salah seorang pelajar yang kuat ponteng. Pernah sekali, hampir seminggu saya tidak ke sekolah. Masa itu saya memang malas kalau bab pergi sekolah ni; bangun awal, perhimpunan, pengetua merepek- semua ini memang memeningkan kepala. Bila ponteng, biasanya saya akan tidur di bilik stor tempat menyimpan tilam. Memang sedap.

Kawan saya, dia lagi hardcore. Instead of books, dia siap bawa selimut ke kelas supaya bila ponteng, dia boleh tidur dengan selesa di sebuah tandas pelajar perempuan yang sudah tidak digunakan. Kadang-kadang saya dan kawan-kawan yang lain tumpang sekaki. Tambahan pula, kedudukan sekolah saya yang mengadap pantai Batu Burok, dan tandas tempat kami tidur itu pula memang sejuk kerana bayu pantai yang selalu menerjah. Oh nostalgik sungguh!

Jadi Hasan, saya fikir level pontengan dia tidaklah seberapa mana.

Gelap masa depan? Saya tak fikir begitu.

Merujuk kepada kes saya, walaupun kuat ponteng semasa di sekolah, alhamdulillah saya masih berjaya dalam hidup. Buktinya, kereta ketiga saya (Volkwagen Golf GTI) yang saya tempah bulan lepas akan sampai hari ini. Di samping itu, saya akan ke Jakarta bersama isteri saya esok untuk ber honeymoon buat kali yang ke-300 semenjak kami berkahwin dua tahun lepas. Sambil makan angin, boleh la saya buat lawatan mengejut ke syarikat-syarikat saya yang berpengkalan disana. Pagi ini sepatutnya saya ada mesyuarat dengan pelabur dari Amerika. Tapi saya rasa macam malas pula. Walaupun saya mungkin kerugian beberapa bilion, saya tak kisah sangat.

Jadi untuk hari ini, tak mengapalah. Saya kira Hasan menang dalam pertarungan pagi ini.
Semoga Hasan akan turut mengikuti jejak langkah saya apabila dia besar nanti.

6 ulasan:

  1. ak xbace pun cete mu kat atas ... ak nok komen jah... Fuck u...


    dari shbat mu di Kelantan.....

    BalasPadam
  2. sake, wani pn panggil mak die umi. Nak kata jodoh, kau dah ada bini?.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan harap....
      cermin muka kau sikit...
      budak lebih lawa dari sake...kakakakakaka

      Padam
  3. hasan tu ayah gua =.=''
    kahkahkah

    BalasPadam
  4. xsangka teruk gini deme halusinasi gara-gara kokain..hell

    BalasPadam