Isnin, 26 Disember 2011

Moat

Pada tebing yang curam dan tinggi itu, Suzy berdiri. Di depannya terbentang satu pemandangan yang merah, luas, funny, dan pelik, yang dia sendiri pun tidak pasti apa. Sekali-sekala dia congak ke bawah, sekali-sekala dia dongak ke langit. Dalam tubuhnya yang lembut itu, adrenalin merembes minta supaya terjun. Suzy yang sepertinya telah hilang, dia turuti kehendak metabolisma- dia terjun bersama senyum yang tidak bermaksud minta dicinta dan tangan yang di depa luas-luas. Kaki yang tadinya di tanah kini sudah mencecah udara, semakin jatuh dan semakin jatuh walau dia terus bertatih. Pada langit yang petang itu, dia tergapai-gapai. Perlahan-lahan, sayap putih tumbuh dan memenuhi ruang kosong dari lengan hingga ke pinggang, dan secara serentak tubuh yang pucat itu dibalut dengan bulu-bulu halus berwarna putih. Susuk yang tadinya manusia itu kini sudah mengecil hingga ke saiz kasut belle yang dia tinggal di tebing, lantas membentuk satu susuk baru. Cuma matanya yang masih sama, masih forlorn seperti biasa. Kalau tadi dia rasa jatuh, sekarang dia sudah boleh tarik nafas lega. Sekarang dia sudah boleh tuju ke bintang yang paling dia idam.

1 ulasan: